Pengikut Setia

31 Oktober 2014

Senarai pemenang Segment Blog Review by Sally Samsaiman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Senarai pemenang Segment Blog Review by Sally Samsaiman


Agak terlewat sikit saya keluarkan entri penghargaan kepada Sally Samsaiman.  Senarai pemenang untuk segment Blog Review oleh Sally Samsaiman telahpun dikeluarkan beberapa hari yang lepas. Saya tidak sempat mengeluarkan entri penghargaan pada hari berkenaan, jadinya sekarang barulah saya buat entri sebagai penghargaan kepada rakan blogger Sally.


Senarai penuh pemenang ada di SINI

Berikut adalah senarai blog pemenang bagi kategori pilihan Sally yang telah terpilih untuk direview


Sungguh tidak disangka kerana terpilih juga akhirnya.

Terima kasih Sally dan tahniah kepada semua rakan blogger yang berjaya.


p/s:  ada lagi beberapa entri berkaitan yang belum sempat saya keluarkan.  berikan saya ruang dan masa untuk berbuat demikian dalam masa terdekat.





2 perkara yang memutuskan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dua Perkara Yang Memutuskan




Dua perkara yang memutuskanku dari menikmati kesenangan dunia : 
(1) mengingat kematian dan 
(2) memikirkan keadaanku saat berdiri di hadapan Allah untuk mempertanggungjawabkan amalanku ketika di dunia.

(Ibrahim at-Taimi)


#peringatanbuatdirisendiri

30 Oktober 2014

Abaikan kesilapan orang lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Abaikan kesilapan orang lain


Kesilapan demi kesilapan kita terpaksa tempuhi setiap hari.
Kesilapan ketika bercakap dengan kawan-kawan, ahli keluarga mahupun orang yang baru kita jumpa.
Dan... pastinya kesilapan itu bukanlah disengajakan.
Kesilapan itu tidak disedari berlaku kerana kecuaian kita sendiri.
Kita cuai dalam mengingatkan diri sendiri.
Kita sebuk dengan kesilapan orang lain.

Apa kata, kita ambil iktibar dari kesilapan orang lain.
Sudah pasti dan semestinya kesilapan itu tidak disengajakan.
Kita tidak tahu punca sebenar mengenai kesilapan itu.
Kita tidak perlu perbesarkan isu kesilapan yang telah dilakukan orang lain.
Kita ambil iktibar agar kesilapan sama tidak berulang.
Kita jadikan sempadan agar kita tidak melakukan lain-lain kesilapan.

Biarpun kesilapan itu mengajar kita jadi dewasa dan matang, sudah pasti tidak mahu membesar dengan kesilapan. Apakah kita mesti dewasa bersama kesilapan kita sendiri atau kesilapan orang lain?

Abaikan kesilapan orang lain. Pelihara jiwa raga kita.

#peringatanbuatdirisendiri





posted from Bloggeroid

Carian