Pengikut Setia

10 Oktober 2014

GiveAway by Gobokita : Aksara Biru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



GiveAway by Gobokita : Aksara Biru

Banyak juga event dan GA bulan Oktober ni.  Rasanya dah hampir setiap hari ada saja GA yang keluar.  Di kesempatan ini juga Aksara Biru menganjurkan GiveAway kedua. GA yang pertama dibuat kat akaun Instagram.  Sesiapa yang ada instagram pasti pernah menyertai GA pertama berkenaan.  GA kali ini dibuat rakan blogger sahaja.  Kalau tak silap rakan blogger yang ada akaun Instagram juga tidak rugi kan menyertai GA ini.

Meh kita tengok apa sebenarnya yang ditawarkan oleh Gobokita untuk GA keduanya ini.


KLIK BANNER!!!

Antara syarat dan peraturan untuk menyertai GA ini adalah yang paling penting sekali mesti buat entri, letak banner dan follow blog.  Gobokita juga juga ada akaun facebook dan Instagram.

GiveAway ini akan tamat pada 1 November 2014.  Sejurus itu pemilihan pemenang dibuat secara random.  Tak pasti pula sama ada menggunakan random.org atau guna lidi (hehehe).

Antara hadiah yang ditawarkan adalah Wideshawls, Marsjar Ori Mini, Oreo Mini dan Manik Hijab Pin.  Memang ini antara item yang sedang menjadi trend sekarang nie yer.  

Akhir kata, jangan lupa klik banner yang comel di atas untuk menyertai GiveAway by Gobokita : Aksara Biru

Okeylah... good luck kepada semua dan kepada saya juga.

p/s:  saya adalah follower ke-109, akaun instagram yangbaik (pastinya! :P)


Pujian di hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pujian atau celaan

Selamat hari Jumaat kepada semua.  Semoga di hari mulia penghulu segala hari ini kita semua mampu menghasilkan sesuatu yang bermakna buat kehidupan kita dunia dan akhirat.

Semua orang tidak menginginkan celaan apatah lagi apabila ianya mampu menjejaskan emosi. Sebaliknya pujian yang diterima tidaklah seharusnya kita terima bulat-bulat kerana kebaikan dan pujian itu hanyalah kepada Yang Maha Besar.

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita sempurna di mata manusia sehingga kita layak mendapat pujian.  Sesungguhnya pujian yang agung yang terhebat hanyalah untuk Allah.



Semua pujian di dalam al-Qur'an yang ditujukan kepada seorang hamba, maka itu semua berasal dari buah ilmu. Dan semua celaan di dalam al-Qur'an yang ditujukan kepada seorang hamba, maka itu semua berasal dari buah kebodohan.
(Ibnul Qayyim)

"Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kerana kealpaan kita sendiri selaku manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan"




09 Oktober 2014

Mini Segmen Bloglist by Del And Wani

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mini Segmen Bloglist by Del And Wani


Dunia blogging sekarang sudah tidak mengenal batas usia.  Blogger sekarang bukan sahaja terdiri dari kalangan orang dewasa tetapi termasuk juga remaja belasan tahun seperti Wani , Del , Nurul Syifa . Walaupun baru dalam lingkungan belasan tahun mereka sudah mahir dan mampu menghasilkan blog yang menarik.

Namun seperti biasalah... paparan wallpaper blog juga masih lagi dalam lingkungan jiwa mereka yang muda belia.  Tidaklah seperti kita yang dah berpangkat mak budak nie...



Cerita banyak lagi tak mahulah...Jom kita berkenalan dengan blogger cilik ini. 

Mini Segmen ini akan tamat pada 17 Oktober 2014.

Selamat bersegmen buat semua.




Carian