Pengikut Setia

26 Ogos 2014

Segmen Blogwalking Pink Ladies 2# : 48 Hour Marathon

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



KLIK BANNER

Segmen blogwalking 'Pink Ladies' bererti khusus untuk para bloggers wanita yang sememangnya sinonim dengan warna pink.  Sama ada suka atau tidak, warna merah jambu memang tidak dapat dipisahkan dengan kaum hawa.

Wanita sering dikaitkan dengan warna pink atau merah jambu kerana warna pink itu melambangkan kelembutan dan kasih sayang yang mana wanita sudah semestinya sinonim dengan wataknya yang lemah lembut dan penyayang.  Dalam kelembutan ada ketegasan dan keberanian.
Itulah wanita!

Tempoh Segmen tidak lama, bermula pada  24 August (12.00 pm) sehingga 27 August 2014 (12.00 pm).
Segmen dijalankan selama 48 jam. Sekejap sahaja :)

KLIK BANNER untuk join.


25 Ogos 2014

Putihkan hari dengan motivasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Putihkan hari Isnin dengan Motivasi


Isnin, 
Mulanya hari bekerja 

Isnin,
Kelmarin meja ini ditinggalkan dengan riang
Meja ini dibersihkan dari kotoran dan saki baki longgokan kerja

Isnin,
Hari ini meja itu penuh kembali dengan pelbagai macam istilah
Baru terasa sebenarnya meja ini bukan ditinggalkan bersendirian
Biarpun pintu itu berkunci
Inovasi mencipta pintu dibuka untuk dilonggokkan kerja atas meja
Ha ha ha...

Isnin,
Ku mengharapkan motivasi di awal pagi ini mampu memutihkan semangat yang lemau
Inilah hari Isnin... penuh dengan kontroversi
aku yang perlu berubah demi membawa semangat baru 
Motivasi hari ini..... menjelang tengahari semua kerja yang dirancang sewajarnya disiapkan
Ketepikan gosip-gosip 'liar' yang menerawang di muka pintu 
Tumpukan sepenuh perhatian
Semoga layar khidmat hari ini berkibar megah semegah jalur gemilang.



23 Ogos 2014

Mood melayang-layang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Hari Sabtu hari cuti umum bagi sesetengah orang.
Hari untuk dihabiskan bersama keluarga.
Hari Sabtu juga ada jemputan rumah terbuka yang harus dihadiri.
Juga hari untuk masak-masak untuk ahli keluarga.

Bagaimana rasanya nak habiskan hujung minggu ini dengan penuh kebahagiaan kiranya hati dan perasaan tidak ketahuan?
Luangkan masa dengan anak-anak, selami gelagat mereka.
Atau update blog walaupun hari minggu kunjungan ke blog amatlah kurang berbanding hari biasa.
Atau boleh juga mengemas almari pakaian ...

Banyak sebenarnya aktiviti yang boleh dibuat pada hujung minggu.
Terpulang kepada bagaimana kita rancang dan penuhi masa yang berkualiti dengan keluarga.

posted from Bloggeroid

Carian