Pengikut Setia

22 Ogos 2014

Jumaat #MalaysiaBerkabung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Hari ini Jumaat, 22 Ogos 2014. Seluruh rakyat Malaysia berkabung sempena ketibaan jenazah korban MH17. Kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat didoakan semoga kalian semua tabah dan bersabar atas ketentuan ini. Semoga dikurniakan keberkatan kepada yang masih ada.

Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang. Bagi kami di Perak Darul Ridzuan tetap juga bendera negeri dikibarkan separuh tiang kerana masih lagi berkabung 100 hari atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah.

Bukan sahaja bendera dikibarkan separuh tiang malahan pekerja wanita disarankan memakai tudung hitam manakala pekerja lelaki memakai songkok hitam.

Kami masih lagi di ILU mengikuti seminar.

posted from Bloggeroid

21 Ogos 2014

Sayu tinggalkan anak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Pagi-pagi siapkan anak-anak ke sekolah seperti biasa. Umi dan ayah pun bersiap seperti biasa juga. Beli kueh dan mee goreng untuk sarapan anak ke sekolah. Nak masak-masak tak sempat sebab umi perlu siapkan keperluan untuk seminar hari ni dan esok. Bukan tak boleh siapkan awal-awal tapikan... mood nak tinggal anak memang macam tu... malas jer.... kannn

Sebelum hantar anak ke sekolah baru cakap apa yang bakal berlaku hari ni dan esok kepada anak-anak. Nampaknya mereka seperti faham bahawa mereka akan ditinggalkan kerana bukan sekali dua mereka ditinggalkan. Tetapi umi tak tahu pula bagaimana perasaan mereka yang sebenarnya.

Seperti biasalah pesanan umi kepada anak-anak... jangan nakal2, main elok-elok dengan adik, abang dan kakak...jangan gaduh-gaduh dan macam-macam lagi....

Kalau ikutkan hati nak bawa mereka semua ke ILU... biar mereka sentiasa kelihatan di depan mata. Biar jeritan dan tangisan mereka didengari dan difahami.

Kadang-kadang terfikir juga bila dah tua nanti... kena tinggal pulak dengan anak-anak... hmmm

Entah lah.... kitaran hidup kan memang begitu...

posted from Bloggeroid

Seminar Pentadbir Berprestasi Tinggi Menjana Tadbir Urus Terbaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan bukan gambaran seminar sebenar


Seminar Pentadbir Berprestasi Tinggi Menjana Tadbir Urus Terbaik
Tarikh:  21 - 22/8/2014
Tempat:  Institut Latihan Universiti, Kg. Gajah, Perak 
(dahulunya dikenali dengan Pusat Latihan UiTM)

Berikut adalah gambaran atur acara seperti yang diterima daripada Urusetia seminar.

Pengisian seminar pada hari pertama dimulai dengan ucaptama daripada YBhg. Rektor UiTM (Perak) dengan tajuknya Cabaran dan Strategi Dalam Melaksanakan Tadbir Urus Kampus Autonomi.

Sesi berikutnya adalah ceramah berkaitan Pengurusan Lean yang akan disampaikan oleh wakli MPC.

Pada hari kedua, seminar diteruskan dengan ceramah bertajuk Transformasi Kepimpinan Melalui Konsep Hamba dan Khalifah disampaikan oleh Prof. Madya Haji Mohd Nor Mamat.  Penceramah turut dikenali sebagai penulis buku motivasi keluarga.

Ceramah kedua diteruskan oleh Pendaftar UiTM dengan tajuknya Pentadbir Berprestasi Tinggi:  Pencapaian Melepasi Sasaran.

Akhir sekali seminar ini ditutup oleh Timbalan Pendaftar Kanan UiTM (Perak) dengan tajuk ceramahnya Transformasi Tadbir Urus Kampus Autonomi.

Semoga seminar ini mampu memberi impak dan makna yang berkesan dan positif kepada semua peserta termasuk saya.  Saya akan cuba kongsikan dengan rakan pembaca semua serba sedikit catatan dan kefahaman saya bagi tajuk-tajuk ceramah di atas.

Sekian.

Carian