Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Baju kurung untuk hari raya
Setelah sekian lama tidak jahit sendiri. Tahun ini Alhamdulillah berbeluang menjahit sendiri baju kurung untuk diri sendiri dan anak-anak. Walaupun jahitan tidaklah sekemas atau secantik tukang jahit profesional yang buka butik tetapi bolehlah untuk kepuasan sendiri. Satu lagi kekurangan saya adalah saya belum pandai menjahit baju melayu. Kalaulah saya pandai kan... tak perlu susah-susah encik suami tempah atau beli.
Tahun ini baju kurung kami adalah dari jenis kain
cotton. Kain tu dibeli untuk raya tahun lepas. Memandangkan mood untuk menjahit tahun lepas agak merudum kerana kehilangan seseorang yang amat disayangi maka baju untuk anak-anak tahun lepas ditempah itupun di saat akhir. Nasib baik juga kak umi nak terima. Itu cerita tahun lepas.
Kalau tak silap tahun 2013, tema kain untuk hari raya banyak yang menggunakan kain
cotton. Tahun 2014 ini kurang periksa pulak. Agaknya ketinggalan jugaklah saya dengan tema kain semasa nie. Kerana saya tidak berapa suka sangat ikut aliran fesyen semasa. Tetapi tahulah jugak sedikit sebanyak mengenai perkembangan fesyen semasa. hehehe lari topik pula ehh.
Berbalik kepada baju untuk hari raya, biasanya baju kurung dipakai pada hari raya pertama. Hari raya kedua untuk anak-anak saya lebih suka bagi mereka pakai baju kurung tahun lepas jika masih boleh dipakai jika tidak pakai baju yang dibeli dari pasaraya... bukan baju kurung. Entahlah siapa yang menetapkan begini dan begitu... kita ikut saja sebab dah dari kecil kita dibesarkan begitu kan.
Selamat hari raya Aidilfitri dari saya sekeluarga. Mohon maaf zahir dan batin.
*p/s: sedang mencari mood untuk reka kad raya sendiri nie... kalau ada tu adalah dan kalau tiada tu... maknanya memang tak sempat.