Pengikut Setia

22 April 2014

Tuntutlah ilmu sebelum ianya dibawa pergi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Maaflah sangat-sangat kerana hari ini terlewat mengeluarkan entri. Kebetulan pula malam tadi tiada idea nak menulis kerana sibuk dengan perbincangan untuk menghadapi ujian pada hari ini... pagi tadi.


21 April 2014

Mana satu diterima tidak tahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sehari dua ni agak sibuk sikit dengan aktiviti luar pejabat.  Mungkin tidak sempat menulis panjang lebar atau jika berperluang menulis pun mungkin tidak banyak kerana otak ni terasa semakin tepu.

Kena makan kismis yang banyak untuk memulihkan kembali daya ingatan supaya tidak kantoi semasa ujian nanti.





20 April 2014

Anak-anak zaman sekarang selalu kena tinggal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tajuk di atas memang panjang. Idea nak menulis entri ni ketika dalam kereta petang tadi. Terdengar dalam radio mengenai cara berbicara dan bertindak terhadap anak-anak. Siaran dari radio IKIM dalam bahasa Inggeris.




Anak-anak zaman sekarang sering ditinggalkan ibu atau bapa bila ada kerja diluar. Jika di zaman aye kecil dulu ditinggalkan bapa adalah lumrah kerana bapa yang bekerja cari makan untuk keluarga. Memang tak pernah ditinggalkan ibu.

Berbeza zaman sekarang... meman jaub berbeza. Ramai ibu zaman sekarang bekerja dan selalu meninggalkan anak-anak termasuklah aye ni haaa. Ketika entri ini ditulis aye tiada dirumah dan anak-anak ditinggalkan bersama ayah mereka... huhuhu

Walaupun begitu aye mengharapkan kasih sayang dan perhatian untuk anak-anak tidaklah berkurang.

Saya sayang anak saya.

posted from Bloggeroid

Carian