Pengikut Setia

22 Mac 2014

Siapa bos yang bijak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Malam ni up blog dari hp guna bloggeroid. Agak lama juga aplikasi ini terbiar.




Tak tahu pula nak up cerita apa. Agaknya kalau up cerita mengenai bos yang terkena boleh laku tak?

Tak kisah juga sebab blog ini aye yang punya. Tetapi usah bimbang kerana amat jarang sangat aye masukkan nama sesiapa di dalam penulisan kecuali kisah anak-anak.

Bos yang terkena?

Bila diangkat menjadi bos, kita biasanya akan tersepit antara bos tertinggi, staf bawahan atau sama bos yang sama line dengan kita (dalam carta organisasi jabatan). Lagi perit bila salah satu kumpulan itu lebih berusia dari kita. Masalah juga boleh timbul pabila mereka itu dahulunya kawan-kawan atau juga orang yang lebih lama berkhidmat dari kita.

Ini kira bos dah kena buli la yer.

Bila difikirkan semula... semua itu hanyalah prejudis kita sahaja apabila kita menjadi bos yang tidak bijak.

Bos yang bijak adalah bos yang pandai ambil hati semua orang, pandai berkomunikasi, pandai menyusun strategi, pandai jaga maruah diri tanpa mencalar atau menggugat maruah dan peribadi orang lain

Tidak kurang juga bos sepatutnya bijak membahagi masa dan mengagih tugas serta berani membuat keputusan dan bertanggungjawab atas setiap pilihan yang diambil.

Di mana nak dapatkan semua ilmu pengurusan dan pentadbiran begini?

Semuanya adalah melalui pendidikan, pengetahuan, pengalaman, pendedahan, pemerhatian dan sedikit datangnya dari baka atau semulajadi.

Banyak yang perlu diperbaiki untuk menjadi bos yang tidak dibuli.

Ambil masa untuk mendalami maksud menjadi bos dan berubahlah segera untuk menjadi tegas dan berani tanpa menyakitkan hati dan perasaan orang lain.

Sekian adanya.

posted from Bloggeroid

21 Mac 2014

Vitagen| Home Delivery Services

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perkhidmatan penghantaran ke rumah oleh Vitagen

Vitagen

Entah bila pernah tengok perkhidmatan seumpama ini di Jepun.  Tetapi kalau tak silap bukan Vitagen.  Dan kali ini, kurang pasti pula sama ada ini adalah perkhidmatan pertama di Malaysia atau di Perak atau di Perak Tengah.

Senang sangat lah sekarang ni... semuanya di hujung jari.  Sediakan duit secukupnya rehat di rumah.  

Memang sengaja dibiarkan nombor telefon di borang tidak dipadam.  Kan ini sebahagian daripada CSR (sangat!!!)  Tetapi kalian yang tinggal luar dari Seri Iskandar harus ingat buat masa ini nombor yang tertera pada borang di atas hanya menawarkan khidmat di kawasan Seri Iskandar.  Kalau nak cuba call boleh juga.  Mana tahu kalau-kalau penama berkenaan tahu perkhidmataan di tempat lain pula.  

Eh... terlupa pula borang ini anak-anak yang bawa balik.  Katanya selepas sekolah KAFA, ada kakak yang bagi borang ni.  Kakak mana pula nie.

Perkhidmatan sekarang, inilah antara sebahagian daripada contoh mendapatkan sumber pendapatan sampingan dan juga untuk membantu penjagaan kesihatan.

Nampak kecil tetapi memberi kesan yang besar.  

Good Job!!


#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 

20 Mac 2014

Bukan sekadar pilihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup ini bukan sekadar membuat pilihan ya atau tidak tetapi lebih daripada itu.  Dalam menghadapi dilema untuk sesuatu yang tidak pasti kita sebenarnya ada pilihan.  Pilihan itu terpulang kepada kita hendak buat atau tidak, hendak pergi atau tidak, hendak pilih atau tidak semuanya bergantung kepada suara kecil dalam lubuk hati kita.



Kita memang akan sentiasa berhadapan dengan berbagai pilihan.  Kadang-kadang kita melihat dilema itu seperti tidak memberi peluang kepada kita untuk membuat pilihan.  Tetapi percaya atau tidak setiap pilihan yang kita ambil itu ada hikmah tersembunyi.

Untuk mendapatkan hikmah terbaik bagi setiap pilihan yang diambil ia hendaklah diiringi dengan tawakkal dan tawassul kepada Allah.  Dengan yakin dan percaya bahawa pilihan yang kita ambil itu adalah yang terbaik kepada kita.  Mungkin juga kita tidak melihatnya pada masa sekarang tetapi pada masa akan datang ia akan menjadikan ia sebagai pilihan yang terbaik.

Memang perit sebenarnya untuk menyatakan pilihan itu yang terbaik sekiranya ia menyebabkan kita kecewa atau orang lain kecewa.  Bersabar dan bertenang serta ingatlah bahawa setiap pilihan itu adalah takdir dari Allah.


Tetapi antara pilihan buruk dan baik... sekiranya kita telah tersilap memilih yang buruk segeralah kembali ke pangkal jalan dan beristighfar... bersyukurlah kerana kita masih ada masa untuk melakukan yang terbaik.  Kesilapan lalu dijadikan iktibar dan sempadan dalam menilai kehidupan dan peranan kita di muka bumi ini.

Sesungguhnya kita bertanggungjawab atas apa juga pilihan yang kita buat.  Kesilapan dalam membuat pilihan adalah kerana kelemahan pengetahuan serta pengalaman kita sendiri.

Hidup ini bukan sekadar pilihan.  Beruntung insan yang sentiasa mendapat kebaikan dalam setiap pilihan dibuat.  Tak perlu curiga atau cemburu dengan pilihannya tetapi berusaha dah berdoa agar pilihan yang kita pilih juga terbaik untuk kita, agama kita, keluarga kita serta insan sekeliling kita dunia dan akhirat.  Semoga pilihan yang diambil itu tidak mendatangkan mudarat dan musibah kepada diri kita dan manusia sekeliling kita.

Sentiasa muhasabah diri dan berusaha memperbaiki diri semoga titik kesilapan yang telah ternoktah itu bisa ditukar kepada hasil yang lebih baik diiringi dengan keinsafan.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 

Carian