Pengikut Setia

06 Januari 2014

Ucapan ulang tahun yang terlewat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Inas suka makan cendol

Ucapan yang terlewat ini adalah sempena Hari Ulang tahun kelahiran Inas Insyirah yang ke-3 pada 4 Januari 2014.  Maaf sangat-sangat sebab terlewat, bukan sengaja nak melewatkan entri ini tetapi memang tak sengaja.  Konon-kononnya nak dapatkan masa yang sesuai pada 4 Januari... tetapi tak jumpa... yang terjumpa hanya pada hari ini.

Walaupun ucapannya agak terlewat tetapi untuk entri sahaja.  Hakikatnya, bangun pagi-pagi lagi dah ucapkan "Happy Birthday".  Siap nyangi lagi... sampai Inas terpinga-pinga lalu semua orang diucapkan 'Happy Birthday".

Oleh kerana pada pagi 4 Januari umi dan aya ada urusan lain ... maka petang baru berkesempatan bawa Inas jalan-jalan makan cendol di warung tepi jalan.  Lepas makan cendol makan laksa pula... kata pakcik tokey warung dia tak pernah jumpa lagi budak 3 tahun yang suka makan laksa.  Mungki ada kot tapi tak perasan.


Inas suka makan kek juga.

5 Januari baru umi sempat buatkan kek coklat untuk Inas.  Sabar jer lah dengan anak-anak nie... dok mengulang ke dapur menunggu kek siap... memang tak senang duduk.

Dah siap masak, nak tunggu kek sejuk dulu baru boleh letakkan topping coklat dan coklat rice... tunggu lagi. Sampai Inas tertidur... bangun tidur terus potong kek...


Selamat ulang tahun ke-3 kepada Inas Insyirah.  
Semoga menjadi anak yang cerdik dan pintar serta dipanjangkan umur dalam keberkatan.


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


Dapat surat tunjuk sebab

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


petikan surat tunjuk sebab

Hari ini YB dapat surat tunjuk sebab pertama untuk tahun 2014.  Surat ini YB terima bagi ketidakhadiran ke satu seminar yang dianjurkan oleh jabatan penghujung tahun lepas.

Seminar yang dimaksudkan ialah Seminar Inspirasi Hawa:  Kenali Potensi Diri Ke Arah Kecemerlangan Kerjaya dan Kebahagiaan Hidup pada 19 Disember 2013.  Nak cerita panjang lebar kandungan seminar berkenaan tidak dapatlah sebab YB memang tidak hadir sepenuhnya.

Nampaknya siapa yang tidak menghadiri seminar tersebut dengan sendirinya tidak bahagia pada hari ini kerana mendapat surat tunjuk sebab.

Walaupun tidak suka tetapi terpaksa redha dan pasrah kerana kecuaian YB sendiri.  Namun YB ada alasan yang munasabah dan tersendiri mengapa tidak hadir ke seminar berkenaan.  Tetapi... masih ada tetapi juga tu.. Betul YB harap alasan ini boleh diterima kerana bukanlah kesilapan YB sepenuhnya... kan? :D

Antara alasan mengapa YB dengan sengaja tidak hadir ke seminar berkenaan adalah pertama 3 hari sebelum seminar berkenaan iaitu pada 16 hingga 18 Disember 2013 YB telah diarahkan menghadiri satu program di Shah Alam yang dikenali dengan CHAD2013.  Oleh kerana 3 hari tidak berada di ofis maka terdapat longgokan tugas dan tidak kurang juga tugas baru.

Alasan kedua adalah YB perlu memantau persiapan keperluan dan peralatan untuk program besar yang akan diadakan pada 20 Disember 2013.  Dalam tidak ke mana-mana pada 19hb tu pun masih lagi ada backlock kerja...

Apapun tindakan yang pihak pengurusan kenakan YB perlu akur kerana semua yang dirancang perlu dilaksanakan dengan jayanya.

Okey... berhenti dulu sehingga di sini YB nak siapkan surat penjelasan secara bertulis.  Semoga semuanya selamat...


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com



5 perkara dalam 5 masa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara yaitu masa muda sebelum tua, sehat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati

(HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)


suka duka pentas dunia

.


Carian