Pengikut Setia

26 November 2013

Memanjangkan semangat memberi kebaikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Kita biasa mendapat pemberian dari seseorang yang kita kenal atau tidak.  Memang mengejutkan kerana tidak disangka orang yang kita tidak berapa kenal juga turut menyumbang sesuatu kepada kita.  Lazimnya pemberian diberikan oleh orang yang dikenali seperti sahabat baik, suami isteri, anak-anak atau ibu bapa atau juga bos.

Sebelum diangkat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Selain dari membaca ilmu hendaklah diperolehi secara berguru bagi meningkatkan kefahaman.  Gambar hiasan

Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')


suka duka pentas dunia


25 November 2013

Demam ke tidak?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Tadi nampak macam demam. Merengek jer. Badan pun macam suam-suam.

Umi nak solat pun tak senang.

Dah buat susu masuk dalam buai... minum sikit tak habis separuh dah menggeliat nak turun dari buai. Ikutkan hati nak biar jer. Tapi tak sampai hati.

Siapkan tempat lepak..tilam dan bantal, dia golek-golek kejap susu tak habis pun. Dah beralih ke tempat lain pulak...

Abid ni demam ke tidak? Elok jer merayap...

posted from Bloggeroid

Carian