Kita biasa mendapat pemberian dari seseorang yang kita kenal atau tidak. Memang mengejutkan kerana tidak disangka orang yang kita tidak berapa kenal juga turut menyumbang sesuatu kepada kita. Lazimnya pemberian diberikan oleh orang yang dikenali seperti sahabat baik, suami isteri, anak-anak atau ibu bapa atau juga bos.
Berbaga-bagai pemberian. Antaranya pemberian di majlis kenduri kahwin yang suatu masa dulu kita hanya menerima bunga telur jika paling hebat pun kalau tidak silap ingatan adalah bekas kaca buatan Cina dan ada juga bekas telur dari anyaman reben. Rasa hebat sangat kan?
Saja nak cerita balang kaca di atas diterima pada satu majlis kenduri kahwin. Memang betullah tuan rumah yang menjemput kami pun tidak kenal sangat... hanya kenal ketika melintasi rumahnya saja itu sekadar melambai tangan oleh encik suami.
Balang kaca yang comel ini bukan tak nak simpan di rumah tetapi tiada tempat yang sesuai. Letak atas meja nanti diambil anak-anak buat barang permainan maklumlah mereka sekarang sedang bercuti dan banyak sangat masa lapang dan banyak aktiviti sampingan. Balang ini jika disimpan dalam almari ... jadi sekadar simpan sajalah... tidak dapat manfaatnya.
Jadi, untuk tidak menghampakan (entah ayat mana pula nie) balang ini dibawa ke pejabat lalu dimasukkan gula-gula untuk meraikan kawan-kawan yang datang bertandang ke bilik comel ini. Biasanya gula-gula yang di isi mengikut permintaan kawan-kawan ada yang suka gula-gula berangin dan tak kurang juga yang ambil jer apa yang ada. Sekarang isi kandungan di dalam balang berkenaan sudah hampir berkurangan... mungkin esok kena isi semula.
Orang memberi kita merasa dan memanjangkan semula apa yang kita rasa kepada orang lain. Ada Beri Dapat. Cari kebaikan dapat kebaikan beri kebaikan dapat kebaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.