Pengikut Setia

18 Oktober 2013

CPUV ke lima Oktober 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sekali lagi ... cepat-cepat siapa sedang mencari jam canggih dan menarik yang super sangat-sangat.  Wah wah!! gaya bahasa nampak sungguh caca marba.


Bukan apa dah tak tahu nak tulis macam mana nak buat entry mengenai CPUV ke lima bagi bulan Oktober 2013 iaitu Guess Watches Q4.  

Boleh dikatakan sudah lama juga aye mengikut perkembangan Guess terutamanya jamnya memang dasyat.. tak kiralah harga atau rekabentuk... memang menarik sangat.  Kononya ikuti perkembangan tetapi tidaklah tahu sangat mengenai asal-usul Guess nie... :P



aye suka jam ini nampak cantik bergaya.  Trendy juga :D

Sila klik pada gambar di atas untuk melihat lebih banyak jam dan lokasi yang berdekatan.

Terima kasih Nuffnang dan GUESS.

OH.... ya sudah tentu terima kasih juga kepada anda semua yang sentiasa memberi sokongan.


suka duka pentas dunia


Di antara dua kebaikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Anak-anak buah hati umi.  Gambar hiasan.


Wahai Anakku, apabila Engkau akan mengerjakan shalat, maka shalatlah seperti shalatnya orang yang akan meninggalkan dunia ini, janganlah Engkau mengira bahwa Engkau akan kembali lagi ke dunia ini. Dan ketahuilah Wahai Anakku, sesungguhnya seorang mukmin itu meninggal dunia diantara dua kebaikan ; kebaikan yang telah ia kerjakan dan kebaikan yang akan ia kerjakan.
(Muadz bin Jabal)



suka duka pentas dunia





17 Oktober 2013

CPUV ketiga dan keempat Oktober 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Sekali lagi terlewat pun tak mengapa.  Biar terlewat dari tidak berbuat apa-apa langsung kan?

Okeylah sekali lagi terlewat mewar-warkan mengenai CPUV bagi bulan Oktober.  Harap-harap Nuffnang dan pengiklan tidak berkecil hati.


Pengiklan kali ini yang memberi ruang iklan dalam CPUV di Nuffnang adalah Project Durian bagi CPUV ketiga dan Nestle Drumstick CPUV keempat.  Masing-masing masih lagi berlangsung (on going).


Berkenaan iklan Project Durian yang mula beroperasi mulai 11 Oktober 2013, aye belum jumpa lagi iklannya menari-nari di blog ini... tetapi point dah bertambah.  Terima kasih kepada kalian yang memberi sokongan... sangat-sangat menghargainya.  Pernah juga cari di Google perkataan Project Durian... dah jumpa tetapi tidak pasti pula adakah projek durian berkenaan yang dimaksudkan.  Okey ... aye rasa perlu tunggu iklan itu menari dan bergedik-gedik dulu di blog ini baru boleh buat cerita... cepatlah timbul!!!

Kembali kepada iklan Nestle Drumstick.  Iklan ini mula beroperasi pada 12 Oktober 2013, ... suka sangat-sangat baru jer menikmatinya bersama anak-anak pada hujung minggu lepas.

Nestle Drumstick - Most Adventurous Challenge.  Iklan dah jumpa di dua tempat... tak sempat nak copy link.  Bila jumpa nanti akan cepat-cepat copy... sabar yer.

Sehingga di sini dulu, terima kasih kepada Nuffnang, Projek Durian dan Nestle Drumstick.  Tidak lupa juga kepada kalian semua yang terus menerus memberi sokongan kepada blog picisan ini...

Selamat maju jaya buat semua.  Terima kasih.


suka duka pentas dunia


Carian