Pengikut Setia

18 September 2013

Satu pagi di Taman Tasik UTP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Oleh kerana hari ini hari Rabu, maka aye YangBaik berhasrat untuk tidak berkata (menulis) banyak sebaliknya dipamerkan di sini gambar-gambar sekitar sesi riadah di Taman Tasik Universiti Teknologi Petronas.

Biasan!



Jalan mana harus di pilih?



Langkah yang terhenti seharusnya dimulakan segera.



Indahnya suasana pagi



Imej misteri


Kanak-kanak dan taman permainan tidak dapat dipisahkan



Mengapa cepat sangat nak balik?  Saya nak main lagi laaaa



Bunga Raya bunga kebangsaan Malaysia bersama dua dara pingitan.


Sekian adanya celoteh ringkas.  Semoga gambar-gambar di atas mampu memberi makna kepada kehidupan.

Terima kasih.



Pilihan yang terbaik adalah berkata benar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bukan bunga lalang ini adalah putik bunga pinang puteri.  
Gambar hiasan


Seharusnyalah kalian berkata benar, karena perkataan yang benar akan mengantarkan pelakunya kepada amal kebaikan. Dan sesungguhnya amal kebaikan akan mengantarkan pelakunya kepada surga.
(HR Muslim)



17 September 2013

Betul-betul tak perasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Hari ini hari Selasa...

Gambar di atas dirakam pada senja... Isnin, 16 September.

Mesti tengok gambar di atas betul-betul dan perhatikan apa yang nak diceritakan... Ewahhhh... macam nak buat soalan kuiz pulak.

Inas Insyirah memang tak perasan ada pepatung kat bawah ketiaknya.  Kusyuk sangat tengok cerita kartun animasi.... dah tak ingat pula nama kartun tu.

Kalau aye ingat nanti aye update kat entry ni ehhh...

Bila dipanggil buat tak tau... merajuk sebab dalam kereta tadi tak dapat duduk dengan umi.

Elok saja dia beralih... tak tau lah... punya menjeritnya...kusss semangat

Bukan saja nak usik dia... cuma nak reaksi... nasib juga tak lama dia menjerit...

Jangan dibuat lagi lepas nie... nampak jer apa-apa serangga, cepat-cepat buang...

:D

Carian