Pengikut Setia

30 Ogos 2013

Ujian Persefahaman dalam Persahabatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada baik, Beri baik, Dapat baik.  (Prof. Dr. Muhaya)


Catatan ini tidak bertujuan untuk mengulas mengenai ungkapan popular dari Prof. Dr. Muhaya iaitu Ada kebaikan beri kebaikan dapat kebaikan.

Kehidupan kita memang tidak lari dari ujian, dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ujian yang terbesar. Kadang-kadang ujian itu kita tidak perasan kerana ianya kecil, sedangkan ujian yang kecil itulah yang akan menjadikan kita orang yang matang ketika berhadapan dengan ujian yang besar.

Ketika catatan ini ditulis... hidung mula berair menjadi tanda bahawa selsema bakal tiba... dengan cepat segera sedar dan terus ambil scott emulsion (kan banyak vitamin c - baik untuk merawat selsema kan?). Bukan saja budak-budak, mak budak dan bapak budak pun boleh minum scott emulsion...


gambar hiasan

Kaitannya begini... apabila kita sedar kita sedang berhadapan dengan ujian (selsema) kita akan segera mencari remedi untuk merawat selsema tadi.  Tetapi alangkah ruginya kita apabila kita ditimpa sedikit ujian selain dari kesakitan... kita tidak perasan dan menjadikan kita leka atau alpa untuk 'merawat' ujian tadi.

Kisah yang hendak dikaitkan adalah begini.  Dalam sesuatu keadaan dan situasi kita akan bersemangat untuk melakukan dan melaksanakan arahan.... yang kadang-kadang bukan dalam bidang tugas kita pun tetapi atas dasar semangat kita menjadi teruja untuk mencipta dan melaksanakan tugasan itu.

gambar hiasan

Tiba-tiba dalam kita bersemangat untuk melakukan pekerjaan itu... datang pula sahabat yang tidak langsung memberi semangat serta tidak memperdulikan langsung apa yang kita sedang buat.  Yang bagusnya sahabat itu lebih rela mengkritik tanpa ada tanda hendak membetulkan apa yang 'salah' atau buat tidak endah terhadap usaha yang sedang kita lakukan.



Ada pula satu sisi yang lain seolah tidak mengambil berat terhadap apa yang sedang diusahakan.  Buat pun nak tak nak... dan seperti tidak ikhlas.  (Tetapi itu mungkin pandangan mata kasar sahaja... disebalik usahanya kita tidak tahu)

Situasi begini memang menyakitkan hati dan mencabar kesabaran dan mampu melemahkan semangat yang sedang berkobar-kobar.

Sebagai mengatasi rasa sakit hati... beralih lah kepada positif.  Tentu ada sebab dan hal tertentu yang menjadikan orang itu sukar memberikan kerjasama atas apa yang sedang kita laksanakan.

Boleh juga kita tafsirkan sebagai itu semua ujian dalam mengharungi dunia persahabatan.  Boleh saja kita buat tidak tahu atas yang berlaku... teruskan usaha dan kerja kita.

Semoga suatu masa bantuan akan tiba... paling tidak situasi itu akan berlalu dan biarkan saja ia pergi tanpa sedikitpun terguris pada hati.  Jadikan iktibar supaya kita tidak menjadi seperti itu... kerana kelak siapa juga akan melalui situasi sedemikian.

Yang berlalu biarkan berlalu... semoga persahabatan yang terjalin tidak terputus kerana perkara kecil yang kadang-kadang kita sendiripun sebenarnya tidak mahu ia berlaku pada kita dan pada orang lain juga.

Sekian adanya...Suka duka pentas dunia.






Khusus untuk generasi muda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


gambar hiasan 


Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.

(HR Muttafaq Alaihi)



29 Ogos 2013

Minum petang di Padang Bola

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Apa ke cerita nie... minum petang pulak di padang bola.

Al kisahnya aye menemankan rakan sekerja dah banyak kali 'ngajak' minum kat situ.  Selalunya ajakan itu tidak dapat dipenuhi kerana perlu balik segera dan kadang-kadang kerana balik lewat atau hari ni balik kerja dengan abang... alasan kan macam-macam.  Tapi yang pastinya alasan itu adalah benar dan memang saya percaya ianya betul bukan dibuat-buat...

eh... betullah nak bagi alasan kena yang betul dan memang yakin percaya bukan sengaja dibuat-buat.  Pening kepala sekejap...nak cerita pasal minum petang dah melalut ke lain.

nak tambah lagi satu.... kisah minum petang ni berlaku lepas waktu kerja tau bukan keluar minum petang waktu kerja....dan cerita ini dibuat juga selang beberapa hari kemudian... juga dikarang bukan pada waktu pejabat... cuma mungkin publish waktu pejabat (kan ada auto publish...hehehe).

Okey... diteruskan cerita sebenar.  Sebelum berjimba dengan kawan baik haruslah juga dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada encik suami.... wajib ingat tu.  Wajib juga dimaklumkan tempat yang hendak dituju dan untuk apa.  Faham yer!!!

Setelah sampai ke tempat yang dituju... cari port yang sesuai dan santai.  Agak-agak banyak tempat duduk masih kosong... boleh pindah-pindah sementara belum order makan dan minum... kalau dah order pun masih boleh ubah kalau tempat asal tak serasi... selagi belum makan dan minum kan?


Dah sampai ke tempat duduk yang sesuai...  kita mulakan cerita atau tinjau pemandangan sekitar yang sungguh menarik... nak rakam gambar pemandangan boleh kerana ia tidak melibatkan mana-mana individu... kalau nak rakam gambar 'couple' kena minta izin dulu.... kalau tidak nanti habis 'note smart' kena rampas pulak... 

Pemandangan yang indah dan menarik di satu sudut padang bola... ketika tiada orang bermain bola.  Dan... ketika itu masih belum ramai lagi pengunjung gerai ini tiba... bebas kan.  Saya Sayang Malaysia.


Serius aye cakap memang tak der idea nak makan atau minum apa tetapi untuk tidak menghampakan hasrat kawan, teman dan sahabat... maka ikut juga.  Sementara menunggu menu yang dipesan itu tiba... sempat juga rakam beberapa keping gambar untuk tatapan kalian... buat kenangan kami juga.



Ini adalah menu pertama yang tiba... iaitu limau ais untuk Seri dan Nescafe ais untuk aye.  Bukannya tak biasa minum nescafe ais.  Kadang-kadang teringat juga gurauan kawan-kawan semasa muda remaja dulu... kalau nak makan atau minum di kedai kena cari menu yang tiada di rumah kita.  Boleh lah kan... kat rumah aye memang tak der nescafe ais... dah lama tak berisi balang kaca antik :D



Sekali lagi sudut pemandangan dua gelas yang mewakili zaman dan usia yang berbeza... beza sangatkah???   'Idak' lah... pangkat adik dengan kakak jer



Masih sempat lagi menikmati indahnya langit petang di Seri Iskandar.  Sementara menunggu ketibaan char kuew teow dan mee goreng... 

Bila dah sampai menu idaman dah tak sempat rakam gambar... terus jer makan...lepas makan kemas meja sikit...ingat makan kat warung tak boleh kemas meja ker?  Cuba buat... mesti rasa teruja kan?  Sebab dapat meringankan beban orang.  Begitulah nanti kita juga tidak akan terbeban dengan lambakan kerja yang banyak... ada saja yang sanggup membantu..

Sekian dulu kisah sepetang di padang bola di Taman Iskandar Perdana, Seri Iskandar.




Carian