Pengikut Setia

29 Ogos 2013

Sekitar Majlis Potluck Aidilfitri HEA 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa dan terus berbahang.  Sana sana di rumah atau di pejabat ada saja jemputan untuk jamuan sempena Aidilfitri.

Berikut adalah gambar dan cerita sekitar majlis Potluck jamuan Aidilfitri 1434 / 2013 di pejabat.

Seperti biasalah kalau namapun Potluck... sudah tentu banyak juadah yang dihidangkan.  Jika tidak silap perkiraan terdapat lebih daripada 20 menu untuk majlis Potluck kali ini.  Puas jugaklah AJK hiasan dan AJK hidangan nak menyiapkan tempat dan tagging nama menu.


Antara dereten menu potluck.  Kenal ke kek depan sekali nie???


Kueh raya, kerepek dan buah-buahan pun ada.


nasi lemak daun pisang + nasi lemak ayam

Ala... tak sempat pula nak letak gambar nasi maglubah.... bos yang buat tau... sekejap jer dah habis (bos buat sikit sangat, tak sempat aye nak rasa...)


puding (coklat la sangat kan) dan tart keju serta agar-agar laici antara pemanis mulut


tidak ketinggalan Pavlova... antara menu pertama yang dihabiskan.  
Ada rezeki... dapatlah sesuap... sedap!!!

Sebenarnya banyak lagi menu yang dihidangkan antara menu yang tidak kelihatan (tak sempat nak rakam) adalah bihun goreng, dadih puding koktel, nasih impit bersama rendang hitam, pulut kuning (ganti lemang) bersama rendah ayam, roti jala bersama kuah durian, spagheti, macaroni, kek, sambal goreng jawa, talam sagu banjar, laksa buyung dan sirap laici berserta teh o panas.




Majlis Potluck jika tiada hiasan... memang tidak meriah.



Antara hiasan wajib ada untuk potluck Hari Raya... ketupat.  
Walaupun tiada isi dapat tengok warna pun jadilah...
Aye jadi tukang ikat jer lah...



Nak menghias memang suka sangat... Ramai yang datang membantu.
Tiba nak mengemas.... tinggal lah berapa kerat jer

Lepas makan jangan lupa mengemas yer...


Walau apapun majlis Potluck kali ini cukup meriah.  Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua AJK terlibat dan juga kehadiran tetamu jemputan.  Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Seperti biasa lagi... jangan ditanya kenapa tiada gambar tetamu atau AJK... atau gambar penulis ini.  Kerania cerita ini adalah cerita berkaitan makanan dan persiapan sahaja... nak letak gambar orang kena maklum tuan punya badan jer.

Sekian adanya.







Segmen : Deno Short Giveaway #Part2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Segmen:  Deno Short Giveaway #Part 2 (klik sini untuk turut serta)


Sebagai sokongan kepada Dayang Deno, aye turut serta dalam segmen yang ringkas ini.  

Hadiahnya simple sahaja.. Topup RM5 untuk 4 orang pemenang ^^ Nanti cabutan akan dibuat oleh si hero adam khaleef! :)

Tempoh segmen 3 hari je.. 29-31 Ogos @ 11.59pm

Untuk turut serta klik pada caption gambar di atas.

Selamat buat semua.


Antara amalan utama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Berkongsi secebis pengetahuan yang ada.  Semoga bermanfaat buat diri sendiri dan semua yang membacanya.


Tiga amal yang lebih utama: sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang dijalan Allah.  (HR Bukhari)


Jom Solat


Berbakti kepada ibu bapa.  Gambar hiasan


Berjuang di jalan Allah.  Sungguh luas maksudnya.  
Yang paling jelas dan mudah difahami adalah mengikuti setiap suruhanNya dan menghindari laranganNya.  


Wallahu a'lam.


Carian