Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Tidak ada sesuatu yang lebih sulit untuk aku hadapi daripada diriku (hawa nafsuku) sendiri. Terkadang aku berhasil mengalahkannya, tapi di lain waktu dia berhasil mengalahkanku.
(Sufyan ats-Tsauri)
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
11 Julai 2013
10 Julai 2013
Pengalaman hari pertama Ramadhan 1434
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Pengalaman hari pertama Ramadhan 1434 bersamaam 10 Julai 2013.
Seperti biasa persiapan menjelang Ramadhan tidak lari dengan penyediaan keperluan untuk bersahur dan berbuka. Tidak kurang juga persediaan mental dan fizikal untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dengan sempurna seperti mentelaah semula buku-buku berkaitan doa dan amalan di bulan Ramadhan terutama Solat Tarawih.
Hari pertama, apa yang boleh digambarkan adalah kita merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Menjelang waktu sahur ibu mula sesak nafas dan terpaksa dikejarkan ke Hospital. Berbekalkan kurma dan air mineral untuk bersahur dalam kereta sementara sampai ke hospital. Sebaik sampai di hospital lebih kurang 10 minit, masuk waktu Subuh. Bergegas pula solat Subuh.
Memanglah pada awalnya rasa gembira dan teruja sangat kerana menyangka bahawa hari ini pada Ramadhan yang pertama dapat bersahur dan berbuka puasa dengan ibu. Walaupun ibu kurang sihat tetapi ibu ada di sini... tetapi takdir mengatasi segalanya... hanya sempat bersahur dengan ibu itupun dalam kereta dalam perjalanan ke hospital... berbuka? Dengan ahli keluarga sendiri... ibu di hospital bersama adik bongsu yang menjaganya.
Hasrat hati tidak kesampaian lagi. Walaupun demikian jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana hari Ramadhan pertama ini telah selamat ditempuhi.
Semoga Ramadhan kali ini memberikan penuh makna dan pengertian dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Ramadhan Karim!
sumber gambar |

09 Julai 2013
Penyelamat atau beban
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
gambar hiasan |
Ilmu itu dipelajari untuk diamalkan, sebagaimana sebuah amal dilakukan untuk dapat menyelamatkan. Karena itu, apabila amal yang dilakukan lebih sedikit dari ilmu yang didapatkan, maka sesungguhnya ilmu itu telah menjadi beban bagi pemiliknya.
(Seorang ahli hikmah)
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA