Pengikut Setia

26 Mei 2013

Orang kata semua boleh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan

Orang kata semua boleh!  Adakah kita juga boleh seperti yang orang kata?  Semua itu terpulang kepada kekuatan semangat dan minda serta kebolehan kita.  Jangan kerana taksub sangat dengan 'apa orang kata' lalu menghilangkan jati diri kita.

Apa orang kata terpulang kepada kita untuk membuat penilaian dan penerimaan kita.

Orang kata jadi blogger ni senang.  Tulis saja apa yang terlintas di hati atau terlintas di kotak fikiran.  Sehingga itu maka muncul lah puluhan bahkan mungkin juga mencecah ratusan blogger baru bak cendawan tumbuh selepas hujan turun di waktu pagi.

Orang kata bila jadi blogger tulis saja apa yang terlintas depan mata atau apa saja yang berlaku di sekitar kita.  Hakikatnya tidaklah semudah seperti yang dikatakan.  Kerana apa yang terlintas depan mata selalunya tidak wajar dinukilkan dalam blog kerana ada kemungkinan akan menjejaskan maruah orang lain atau juga maruah blogger sendiri.  Maklumlah nak tulis dan olah semula apa yang berlaku depan mata itu memerlukan kreativiti yang tinggi dalam karangan.

Orang kata ada blogger suka mencuri idea blogger lain.  Itu memang tidak wajar kerana hasil karya orang lain harus dan wajib juga dihormati.  Jangan dengan sewenang-wenang mencelok idea orang tanpa pengetahuannya atau tanpa izin.

Apa pun orang kata... jadilah blogger yang ada nilai dan jati diri sendiri tanpa berharap pada orang lain.

Sekian adanya.

24 Mei 2013

Cahaya ke hati

As salam


gambar hiasan


Berfikir merupakan cahaya yang masuk ke dalam hati seseorang. Dan apabila seseorang mau berfikir, maka ia akan akan mampu mengambil 'ibrah (pelajaran) dari segala sesuatu (yang ia lihat, dengar, baca, rasa dan alami).  (Ibnu 'Uyainah)

23 Mei 2013

Meninggi suara dengan ibu sudah dianggap anak derhaka

As salam


corak hiasan



Semoga kita semua menjadi anak soleh dan solehah.

Hormat dan kasih kepada ibu walau di mana berada.

Semoga kata-kata hikmah di bawah ini boleh dijadikan panduan dan sempadan buat kita dalam berbudi bahasa dengan ibu kita.


Diceritakan bahwa pernah suatu hari, Ibnu 'Aun al-Muzani dipanggil oleh ibunya, maka ia pun menjawabnya dengan suara yang lebih keras dari suara ibunya agar dapat didengar oleh sang ibu. Tak beberapa lama kemudian, Ibnu 'Aun tersadar atas apa yang baru saja ia lakukan. Ia pun menyesalinya dan segera memerdekakan dua orang budak yang ia miliki.




Carian