gambar hiasan |
Orang kata semua boleh! Adakah kita juga boleh seperti yang orang kata? Semua itu terpulang kepada kekuatan semangat dan minda serta kebolehan kita. Jangan kerana taksub sangat dengan 'apa orang kata' lalu menghilangkan jati diri kita.
Apa orang kata terpulang kepada kita untuk membuat penilaian dan penerimaan kita.
Orang kata jadi blogger ni senang. Tulis saja apa yang terlintas di hati atau terlintas di kotak fikiran. Sehingga itu maka muncul lah puluhan bahkan mungkin juga mencecah ratusan blogger baru bak cendawan tumbuh selepas hujan turun di waktu pagi.
Orang kata bila jadi blogger tulis saja apa yang terlintas depan mata atau apa saja yang berlaku di sekitar kita. Hakikatnya tidaklah semudah seperti yang dikatakan. Kerana apa yang terlintas depan mata selalunya tidak wajar dinukilkan dalam blog kerana ada kemungkinan akan menjejaskan maruah orang lain atau juga maruah blogger sendiri. Maklumlah nak tulis dan olah semula apa yang berlaku depan mata itu memerlukan kreativiti yang tinggi dalam karangan.
Orang kata ada blogger suka mencuri idea blogger lain. Itu memang tidak wajar kerana hasil karya orang lain harus dan wajib juga dihormati. Jangan dengan sewenang-wenang mencelok idea orang tanpa pengetahuannya atau tanpa izin.
Apa pun orang kata... jadilah blogger yang ada nilai dan jati diri sendiri tanpa berharap pada orang lain.
Sekian adanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.