Pengikut Setia

25 April 2013

Sahabat yang terbaik

Assalamulaikum dan selamat sejahtera buat semua sahabat yang terbaik


corak dan motif hiasan di atas boleh juga
digambarkan sebagai ingatan buat sahabat terbaik

Tiba-tiba teringat salah seorang sahabat terbaik.  Jom kita tambah sahabat dan jadi sahabat yang terbaik buat sahabat kita. 

Dalam masa-masa tertentu kita memang memerlukan sahabat untuk bercerita dan berkongsi kisah suka dan duka.  Bukan untuk mengadu tetapi sebagai 'tempat' untuk kita berkongsi seribu rasa.  Kita sebenarnya tidak mampu menyimpan seribu rasa yang terbuku di ruang hati atau lubuk minda.  Sahabat yang terbaik pasti akan sentiasa sudi mendengar luahan seribu malahan sejuta rasa yang terpendam.

Sahabat yang terbaik bukan sahaja mendengar malahan mampu juga memahami situasi yang sedang kita alami.  Biarpun tidak mampu membantu dalam bentuk wang ringgit atau lain-lain kesenangan duniawi, sahabat terbaik sebenarnya mampu mengubat sejuta rasa dan sentiasa bersedia membantu sama ada memberi kata semangat ataupun nasihat dan panduan.

Sahabat yang terbaik tidak akan mengambil kesempatan di atas sahabatnye tetapi akan terus memberi semangat untuk memajukan diri.  Walaupun sebenarnya dia berupaya mengambil kesempatan.

Nasib dan kisah setiap individu memang berbeza tetapi sahabat yang terbaik mampu memahami dan menyelami masalah sahabatnya itu.

Mungkin juga pernah ada perselisihan pendapat atau pandangan, bermasam muka atau tidak bertegur sapa tetapi itu sekadar rencah dan pemanis dalam dunia sahabat.

Sukar sebenarnya nak bercerita mengenai perasaan dan rasa yang tersimpan di lubuk hati semenjak sahabat yang terbaik tiada lagi berhampiran. 

Kita sebenarnya mampu menjadi sahabat yang terbaik buat sahabat kita.  Kita juga sebenarnya sahabat yang terbaik buat semua orang.  Cuba memahami situasi sahabat dan usah sesekali menjual nama sahabat kita walaupun sesekali kita tidak sefahaman dengannya.

Bagi aye anda semua blogger yang sudi menjengok blog picisan ini adalah sahabat yang terbaik.

Semoga sahabat yang terbaik sentiasa berbahagia dengan setiap gerak langkah hidupnya dan dikurniakan kesejahteraan dan keberkatan dalam hidupnya.


24 April 2013

Sila jangan jual nama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan - sumber dari email

Setiap dari kita mempunyai nama tersendiri yang unik dan menarik.

Kerana itulah ramai yang berminat untuk mendapatkan nama kita sehingga ada yang sanggup menjual dan menjaja nama kita walaupun tanpa izin kita.

Yang hebatnya nama kita itu kadang-kadang bertukar dari mulut ke mulut dengan nilai yang berbeza.  Ada yang 'jual' murah sehingga ada yang tak sanggup membeli dan ada yang 'jual' mahal tetapi masih ada orang yang sanggup membelinya. 

Entahlah berapa harga yang mereka letak sehingga ada yang terpengaruh dan membelinya kemudian jual semula kepada orang lain dan akhirnya sampai ke kita sendiri dengan harga yang amat murah.

Sudah tentu ia sesuatu yang amat mengejutkan!
 
Mana satu yang kita nak percaya kerana 'harganya' berubah-ubah dan tidak sama seperti yang kita tahu.

So... moral of the story is ... never ever sell other's name just for your sake!!!

p/s:  sudah lah keluarkan entry pun lambat. 
bila dah keluar terpaksa pula tulis yang tak berapa baik untuk hari rabu yang tidak berkata-kata... kan

22 April 2013

Semoga yang terbaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Tak tahu nak letak gambar apa untuk memberi gambar mengenai peristiwa dan perasaan pada hari ini.  Cari punya cari terjumpa corak di atas dengan tajuk 'kesilapan yang tersembunyi'.  Tak ingat pula kenapa diberi tajuk sedemikian tetapi boleh lah letak untuk penyeri cerita pada hari ini.

Seperti biasa tema warna pakaian pada hari Isnin adalah putih.  Nak cerita kenapa putih rasanya tidak perlulah banyak lagi blog yang bercerita mengenai tema warna.  Cari saja di google akan jumpa macam-macam cerita ada.

Kita biasa terjumpa dan aye sendiri pun selalu 'publish' cerita berkaitan perasaan yang kita tidak suka dan kaitan dengan sesuatu peristiwa.  Begitulah kita akan hadapi selalunya bila rasa tidak suka kita akan mengharapkan sesuatu kejadian itu tidak berlaku.  Namun kita sebenarnya perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku.  

Walaupun kita tidak suka kita perlu bersedia untuk hadapi situasi itu.  Justeru kita harus berdoa dan tawakkal agar kejadian yang bakal kita tempuhi berlangsung dengan baik dan selesai dengan baik juga.

Begitulah yang terjadi.... kita terpaksa tempuhi juga walaupun kita tidak suka.  Ironinya bila mengharapkan ia  berlangsung dengan baik maka itulah yang terjadi.  Biarpun ada juga secebis perkara yang tidak berapa diingini berlaku pastinya ia berakhir dengan baik.  Sekiranya ia tidak berakhir dengan baik sesungguhnya ia adalah kerana kita sendiri yang tidak cukup bersedia.  



Semoga yang terbaik di hadapanku
Semoga yang terbaik di belakangku
Semoga yang terbaik dari kananku
Semoga yang terbaik dari kiriku
Semoga yang terbaik dari atasku
Semoga yang terbaik dari bawahku
Semoga yang terbaik dari dalam diriku sendiri, dan
Semoga yang terbaik dalam setiap mula dan kesudahan perbuatanku

.


Carian