Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pilihan Raya Umum Malaysia tiba lagi dan kali ini merupakan kali ke-13. Sungguh terasa bahangnya, sesekali terasa seperti hendak menyambut Hari Raya pula.
Teringat masa zaman kanak-kanak ketika di kampung suatu ketika dulu. Kesibukan memasang bendera terasa seperti sibuknya memasang pelita panjut untuk menyambut hari raya. Begitu juga dengan kesibukan pada hari pembuangan undi atau semasa Pilihan Raya meriah sungguh seperti Hari Raya. Ramai orang dewasa berbaju baru seperti Hari Raya juga. Cuma yang berbeza kami budak-budak tidak pula dipakaikan baju baru walaupun diminta dan merengek-rengek... itu peristiwa semasa kecil sebelum ada peluang untuk membuat pilihan sendiri.