Pengikut Setia

23 Mac 2013

EARTH HOUR 2013 | Jam Bumi 2013

As salam,

Dengan sengaja menambah maksud yang tidak tersirat disebalik kegelapan selama satu jam.


Padamkan Lampu Selama 1 Jam dari 8:30pm hingga 9:30pm pada hari Sabtu, 23 Mac 2013.


Apa itu Earth Hour?

Seperti yang semua sedia maklum, Earth Hour ini adalah global event yang dibuat oleh World Wildlife Fund (WWF) disebabkan oleh perubahan iklim yang drastik.
Tahun-tahun sebelum ini, boleh dikatakan Earth Hour ini berjaya kerana telah banyak negara turut serta dengan menutup lampu di bangunan – bangunan yang menjadi mercu tanda negara mereka.

Serba sedikit sejarah mengenai Earth Hour ini adalah ianya bermula pada 31 Mac 2007 di Sydney, Australia di mana seramai 2.2 Juta penduduk Sydney menutup lampu pada pukul 7.30 malam waktu tempatan.
Tahun 2008 pula Earth Hour diadakan pada 28 Mac 2008 di mana sebanyak 35 negara dan 400 bandar telah menyertai program ini dan menutup lampu dari pukul 8 hingga 9 malam.

Ada beberapa kebaikan dalam Earth Hour ini dan di antaranya adalah :

1. Menjimatkan elektrik : bayangkan berapa banyak jumlah penggunaan elektrik berjaya dikurangkan terutamanya di pusat-pusat bandar. Sekaligus mengurangkan suhu bumi yang kian meningkat kini.
2. Menginsafkan diri : generasi terdahulu hidup tanpa elektrik membesarkan orang tua kita. Betapa susahnya mereka. Kita patut bersyukur dilahirkan dalam keadaan serba lengkap.

3. Mengingatkan kita : bahawasanya bumi ini memerlukan jagaan kita. Jadi janganlah kita membazirkan sumber yang ada, merosakkan apa yang ada di muka bumi ini, dan lupa akan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini


keterangan di atas di salin semula dari 
: http://www.facebook.com/#!/earthhour/info

22 Mac 2013

Rezeki yang telah ditetapkan

As salam,

corak 46 - kotak hati

Jika ada rezeki kita di mana pun kita boleh dapat.
Bukan dengan awak dengan orang lain
Bukan hari ini hari esok pun boleh juga
Tidak semestinya benda yang sama
Boleh jadi benda yang lain
Dalam bentuk yang lain
Jadi... terima lah seadanya apa yang ada depan mata


 
"Bertakwalah kepada Allah dan carilah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu dengan cara yang halal, karena sesungguhnya jika Anda mencarinya dengan cara yang tidak halal maka Anda tidak akan mendapatkan melebihi apa yang telah ditakdirkan untukmu". 
(Muhammad bin Sirin)

21 Mac 2013

Berita baik buat lulusan SPM | Jom Ke Ekspo Selangkah ke UiTM 2013

As salam


Berita yang baik dan dinanti-nantikan oleh lulusan SPM dan juga lulusan STPM adalah peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sepeti IPTA.

Jom ke Ekspo Selangkah ke UiTM 2013.  Bagi UiTM (Perak) ekspo ini akan diadakan di Pasaraya Mydin, Meru, Jelapang, Ipoh.

Poster Ekspo Selangkah ke UiTM 2013


Aturcara Program Ekspo Selangkah ke UiTM 2013, UiTM (Perak)

Sebelum terus ke Ekspo apa kata layari dulu laman web www.selangkah.uitm.edu.my  .  Melalui laman berkenaan bakal mahasiswa dapat gambaran awal mengenai peluang pembelajaran dan bidang pengajian yang dekat dihati.

Semoga dapat dijadikan panduan dalam pemilihan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Selamat maju jaya.

Carian