As salam,
Tajuk di atas boleh diabaikan sekiranya tiada kaitan dengan jalan cerita pada hari ini. Tidak juga kerana sindrom 'Monday Blues' tetapi lebih kepada sindrom 4 'permata di hati bonda'. Walaupun umi ada kerjaya kesihatan dan kebajikan anak-anak perlu diutamakan.
Bermula dari awal pagi, bahkan dari malam tadi juga Inas Insyirah dah mula mengamuk. Tidak tahu apa puncanya, sehingga tertidur sendiri dan umi pula dah naik lemau jer hari ini. Susunan jalan cerita pun dah tak berapa nak teratur. Maaf lah yer.