Pengikut Setia

02 Disember 2012

Seandainya tidak kemas satu hari

As salam,

 
Kitar semula gambar dalam catatan semalam (Sabtu).  Kertas-kertas berkenaan telahpun disusun semula dengan kerjasama Alif dan Inas (si gebu aka jari montok).  Mesti ada campur tangan ummi juga jika tidak...tidak ada maknanya tersusun ... nak kata kemas ... langsung tidak.
 
Terfikir juga, kalaulah satu hari semalam 'kertas kerja' tu tidak dikemas... apa jadi lah yerk... huiii... tak sanggup nak kenang, baru nampak secebis kertas atas lantai pun dah runsing.
 
Ini bukan apa ... kes kalau tak kemaskini blog satu hari... mesti bersawang kan? Dalam dok sebuk dengan urusan rumah tangga dan nak jaga badan ... sibuk la jugak nak update blog... memang ler...
 
Hari ini Ahad, 2 Disember ulang tahun Irdina Huda aka model sambilan gadis semasa yang tidak bertauliah... hehehe.  Petang ni Dina keluar lagi... hari ni berjimba lah dengan abang dan adiknya.  Ummi dan Abid?... tinggal di rumah.
 
 
 

Perbandingan Pengetahuan

As salam,






Barangsiapa ingin mengetahui kadar pengetahuannya tentang Allah, maka hendaklah ia melihat (dan membandingkan antara) apa yang dijanjikan oleh Allah untuknya dan apa yang telah dijanjikan oleh manusia untuknya, manakah diantara keduanya yang lebih diyakini oleh hatinya?



(Syaqiq bin Ibrahim)

01 Disember 2012

Bukan Kerana ADAM DAN HAWA

As salam,


Kredit gambar kepada Cerita Master.  Terima kasih
 
Drama Adam & Hawa khabarnya disiarkan setiap hari Jumaat malam Sabtu di TV3.  Kalau tak silap sebelum ni pernah disiarkan oleh ASTRO. 
 
Seingat aye lah... tak pernah tengok lagi drama ADAM DAN HAWA.  Kadang-kadang terfikir juga bila masa nak tengok semua drama Melayu di kaca tv dengan kesibukan mengurus rumah tangga ... banyak sungguh yang nak dibuat.
 
Seronok baca cerita rakan-rakan blogger dan juga di facebook mengenai pengalaman mereka menonton Drama Adam & Hawa.  Ada bab yang sedih dan gembira.  Cuma mungkin juga aye ni 'tiada perasaan' kot, sebabnya bila tengok drama Melayu ni... tambahan cerita cinta tak berapa nak minat terutama bila bab putus kasih dan dendam kesumat... tak suka tak suka... mengapa harus setiap drama itu diselubungi perkara yang tidak elok dan tidak memuaskan hati... mestikah ada semua itu baru hidup boleh bahagia... oh!... baru tersedar itu semua lakukan dunia sahaja...
 
Tetapi sekarang ni banyak juga Drama Melayu seperti Cinta Itu Milikku... layan juga sesekali itupun jika tak berebut siaran dengan anak-anak...
 
p/s:  Malam ini perlawanan bola sepak antara Malaysia (Harimau Malaya) dan Indonesia (Garuda) bagi piala AFF Suzuki 2012.
MALAYSIA BERJAYA!!!
 
 
 
Kemaskini:  Harimau Malaya berjaya menewaskan Garuda dengan keputusan 2 berbalas 0.  Perlawanan yang penuh debaran!
TAHNIAH KEPADA HARIMAU MALAYA DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
LAGI SEKALI MALAYSIA BERJAYA!!!
 
 
 
 

Carian