Pengikut Setia

19 Mac 2012

Perlukan perubahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Perlukan perubahan?  Perlu.  Manusia perlu berubah tidak kiralah dari segi imej, kewangan atau pekerjaan.  Pekerjaan?  Belum lagi ke arah itu. 

Perubahan ini bukan untuk diri penulis tetapi sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Penulis sendiri bukan sekali bahkan berkali-kali kepingin berubah dalam kerjaya, gaya fesyen dan juga kehidupan.  Tetapi seperti biasalah... perubahan itu satu cabaran dan ia memang menakutkan.

Menakutkan kerana tidak pasti dan tidak tahu apa yang bakal terjadi setelah berubah.

Untuk perubahan memerlukan kekuatan hati dan semangat juang yang tinggi serta kekuatan peribadi untuk berhadapan dengan segala kemungkinan yang tiba.

...

18 Mac 2012

Hargai aurat dan harga diri anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Petang tadi, selepas ayahnya balk kerja dan selepas solat Asar juga bawa anak-anak bersiar-siar hasrat hati nak UTP lihat program dan aktiviti Kelab Masjid UTP tetapi tidak kesampaian kerana hari dah lewat dan hampir senja.


Dalam perjalanan (semasa bersiar-siar) macam-macam pemandangan dapat dilihat seperti kehijauan hutan yang masih tersimpan rapi (menanti masa untuk diteroka), kesesakan jalan di Seri Iskandar (semakin mendekati Bandaraya Ipoh dah... kenderaan semakin banyak) dan tidak ketinggalan peragaan fesyen percuma oleh jejaka dan gadis-gadis Melayu.

Timbul sedikit rasa terkilan kerana fesyen mereka turut dipengaruhi oleh pereka fesyen barat dan tempatan yang terlalu moden sehingga mengabaikan aurat seorang Islam.  Mengapa?  Tidakkah mereka ada rasa malu pada diri sendiri atau sayang pada aurat mereka lantaran aurat itu dipertontonkan sesuka hati.

Fikir-fikirkan...

*

Belajar terima kenyataan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Baru tadi dapat teguran berkenaan perasaan yang tidak menentu.

Bukan tidak menerima kenyataan tetapi sesekali apabila perasaan yang tidak selesa itu dilakarkan ia akan sedikit bahkan banyak juga membantu.

Masalah yang kita hadapi sesekali perlu diluahkan walaupun tidak secara total tetapi sedikit sebanyak ia membantu meleraikan kekusutan yang terbuku di hati.

Belajar terima kenyataan.  Kita sering merasakan hidup kita susah tetapi tidak pula fikirkan apa yang ada pada kita itu sebenarnya lebih baik dari apa yang dimiliki oleh orang lain.

Kenyataan bukan untuk meletakkan kesalahan kepada orang lain tetapi untuk menilai jati diri.


(^_^)


.

Carian