Pengikut Setia

13 Mac 2012

Lupakan kekhilafan lalu bina semangat baru jangan biarkan hati membeku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




1. Dalam kehidupan seharian kita pasti tidak lari dari segala ujian, cabaran dan juga pujian.  Namun pujian itu yang diterima sedikit sahaja berbanding kemarahan atau kebencian.

2.  Pernah kita diberikan sesuatu tugasan, namun jarang sekali tugasan itu dapat disempurnakan dengan jayanya tanpa kerjasama banyak pihak antaranya rakan setugas atau 'stakeholder'.  Bukan bermaksud mereka tidak memberikan kerjasama tetapi tidak dapat memahami keperluan tugasan kita serta had kuasa yang ada pada kita.

3.  Aye pernah berhadapan dengan satu situasi yang agak memilukan di mana seorang daripada sahabat telah dipersalahkan kerana beliau dikatakan 'pandai-pandai' buat keputusan.  Sedangkan apa yang diucapkan jauh sekali dari apa yang beliau hadapi.  Ini semua gara-gara salah faham, tidak mahu memahami serta ingin melepaskan 'tengkok' sendiri.  Dalamerti kata lain tidak mahu bertanggungjawab dan lantas meletakkan kesilapan itu pada orang lain yang diminta bantuan.  Patut ker?

4.  Berusahalah menjadi manusia yang bertanggungjawab kepada diri sendiri dan juga kepada alam sekitar serta manusia sejagat.  Tidak pula bermakna menerima semua kesalahan yang dilakukan orang lain tetapi lebih kepada bersedia menerima teguran dan menerima kenyataan mengenai kelemahan diri seterusnya berusaha memperbaiki diri.

5.  Elakkan lah juga sifat cepat melenting dan terus menyalahkan orang lain.  Fikirlah dahulu berita yang diterima itu.  Adakah ianya benar atau sekadar ayat 'bodek' supaya dia terlepas dari hukuman.  Fahami maksud sebenar disebalik pelaporan.  Fikir jauh sikit dan pandang ke depan jangan statik sahaja.

6.  Tidak elok menyusahkan orang lain dengan perkara yang remeh temeh dan tidak ada kaitan dengan dirinya.

7.  Janganlah 'sampai hati' membiarkan orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan atau mangsa manusia yang tidak mahu mengerti hati dan perasaan orang lain.

8.  Kemajuan teknologi bukan untuk disalahgunakan sebaliknya gunalah kemudahan teknologi yang ada untuk kebaikan diri sendiri dan manusia sejagat.

9.  Elakkan menyimpan dendam atau kemarahan kerana ia mampu menjejaskan kecantikan sebenar yang ada dalam diri atau luaran.  Dendam kesumat itu mampu mendatang pelbagai gejala penyakit dan akan menjejaskan kesihatan sebenar.

10.  Siapalah kita untuk berdendam dan menyimpan benci kepada orang.  Sedangkan ia sedikitpun tidak mendatangkan keuntungan atau kekayaan malahan kerugian juga kegelapan bakal menyelelubungi segenap ruang kehidupan.


Sekian.

Lama Berdiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


sumber gambar :  google.com


Barangsiapa terbiasa memanjangkan shalat malam (dengan memanjangkan bacaan al-Qur'an ketika berdiri dalam shalat), maka ia akan merasa ringan ketika harus lama berdiri pada Hari Kiamat kelak. 
(Hassan bin Athiyyah)




.

12 Mac 2012

Kasut pilihan bukan kasut idaman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Nak bercerita tentang kasut pula.  Bukan kerana tiada idea, tetapi dah berlebihan ideanya sampai mencurah-curah hingga tak tahu mana nak tulis... Hehehe

Yangbaik, kalau bab mencari kasut memang suka sangat terutama bila dapat catalog baru dari Rorine atau Leno.  Sayangnya hasrat untuk mendapatkan kasut idaman jarang sekali kesampaian.  Kecuali dari Rorine memang belum pernah beli lagi.  Yang selalu dibeli adalah jenama BATA.  Sejak 'azali' pilihanku adalah BATA.  Entah mengapa, koleksi kasut pilihan kebanyakannya datang dari BATA.


Kasut BATA terakhir yang dimiliki masih lagi elok, tetapi tidak selalu dipakai kerana tumitnya 'semakin tinggi'.  Masih dalam keadaan baik dan akan dipakai bila rasa teringin berkasut tinggi.  (Macamlah tinggi sangat kan..)

Tetapi sejak kebelakangan ini, mencari kasut yang sesuai dengan harga dan rekabentuk menjadi semakin sukar.  Bila jumpa 'design' yang sedang elok, harga pula tak sepadan (mahal sangat).  Kadang-kadang 'design' kasut memang dah elok sangat2 tetapi tumit tinggi la pulak.  Yangbaik memang tak sesuai sangat pakai kasut tumit tinggi terutama yang lebih dari 2 inci.  Itupun dah kira tinggi. 

Dengan umur yang semakin meningkat tambahan pula dengan berat badan yang susah nak stabil (berat badan naik dengan senang hati tetapi susah sikit nak turun).  Dengan itu, kasut 'flat' atau tapak rata adalah lebih sesuai bagi wanita yang banyak bergerak terutama ketika terlibat dengan pengendalian program jabatan. 

Kasut hitam ini, walaupun design yang ringkas tetapi sedap dipakai... maksudnya selesa dan senang dibawa berlari (?).  Jenamanya tak ingat, dah tanggal dari tapaknya.  Harganya berpatutan sekali dan rasa sungguh berbaloi. 

Sayangnya atas kecuaian sendiri atau juga kerana kesilapan pihak lain yang tidak menjaga keselamatan pengunjungnya.  Kasut ini dengan tidak sengaja telah terlanggar besi cerucuk yang tertanam di satu laluan mengakibatkan ia terkoyak (sedikit).   Kasut ini akhir tersimpan dalam rak kasut dan menanti tukang kasut untuk dibaiki (jika boleh). 

Menariknya, kasut ini walaupun tersimpan sekian lama (hampir 6 bulan atau lebih) permukaannya tidak terkoyak atau 'tersopak', masih elok tidak seperti sesetengah kasut yang akan 'tersopak' bila lama tidak memakainya.

Inilah sebahagian dari perjalanan dan kisah kasut. 
Sekian adanya.

.

Carian