Pengikut Setia

22 Februari 2012

Panggilan hangit menyakitkan hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


gambar hiasan






Panggilan telefon bukan sahaja hangit malahan menyakitkan hati
bilamana deringannya mengusir kedamaian
pemanggilnya tidak sabar bercerita
Seolah sudah tiada esok
Segalanya harus diceritakan segera

Walau bukan kerana benci
Bisa juga membangkitkan kemarahan
hanya sekadar mengadu kisah kasih
seolah tiada lain tempat mengadu
mengadulah saja kepada teman wanita mu
itupun jika ada

atau

biarkan saja
simpan saja perasaan juga rasa hati
tak usah serah segala
ada hati harus dijaga
seperti hati mu juga mahu dipelihara

.....

21 Februari 2012

Orang rajin selalu rugi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


orang rajin selalu rugi
tiada masa rehat yang cukup
tiada masa nak borak-borak
tiada masa juga nak lepak-lepak

orang rajin selalu rugi
selalu saja buat kerja
tak boleh nampak peluang
semua nak buat

orang rajin selalu rugi
bagai ubi diam berisi
bukan cangkul angin
tiada kerja sia-sia

orang rajin selalu rugi
selalu saja jadi perhatian
selalu saja diberi tugasan
selalu juga tak duduk diam

orang rajin selalu rugi
selalu saja bertanya
diberi tugas terus laksana
tanpa banyak alasan atau kerenah

orang rajin selalu rugi
sukar dapat sahabat sejati
sama rajin sama rugi
sehidup semati cekal dihati

mengapa orang rajin saja yang rugi
ada alasan lain
silakan

Berani biar bertempat walau pantang dicabar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Biasanya ayat pantang dicabar dikaitkan dengan lelaki.  Memang betul ke lelaki ni pantang dicabar atau sekadar bualan saja.  Maaf yer bukan nak mencabar mana-mana pihak tetapi sekadar berkongsi rasa dan pandangan berkaitan cabaran dan pantang larangnya.

Biasa juga orang akan berkata 'aku memang pantang dicabar'.  Tetapi sebenarnya mengapa bila dicabar harus berpantang pula.  Pantangkan untuk perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan.  Eh... melalut la pulak.

Okeylah, begini jika ada orang mencabar... cabaran tu bukannya kuat mana pun sekadar kata-kata sahaja.  Habis kata-kata habislah cabaran tu kan. Adakah perlu cabaran itu disahut, jika tidak disahut biarkan saja tak boleh ker?

Beranikah menyahut cabaran jika ianya kelak bakal merosakkan prestasi kerja dan juga maruah diri mungkin tercalar.  Ada juga yang akan mengatakan kalau tak sahut mana nak tahu apa natijahnya.  Tetapi bukankah kita diberikan otak untuk berfikir mana baik dan buruk. 

Sebenarnya Yangbaik sendiri dalam dilema untuk sahut cabaran ini, tetapi khuatir pula akan menjejaskan reputasi.

Apa cabarannya? Biarlah rahsia.

Carian