Pengikut Setia

08 Februari 2012

Mereka berpegangan tangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Hari ini (sebenarnya malam) di pasar malam di Bandar Universiti, selepas hujan berhenti. Dalam kepekatan malam diterangi lampu neon yang separuh malap di sekitar khemah, kelihatan mereka berdua berpegangan tangan.  Amboi! bukan main mesra lagi.  Kemesraan mereka berpegangan tangan memang menarik minat dan perhatian sesiapa yang memandangnga.  Apakah hubungan mereka.  Adakah rahsia atau apa sebenarnya?

Terdetik juga rasa cemburu masa lalu, ketika baru mendirikan rumahtangga.  Apabila berjalan bersiar-siar di taman bunga atau juga ketika di pasar malam selalu juga berpegangan tangan.  Sesekali memang ada rasa segan walaupun telah mempunyai ikatan yang sah bimbang dikatakan mengada-ngada.  Macamlah orang lain tak der pasangan. 

Ayah! Pegang tangan Alif


Tetapi itu kisah dulu, kini bila dah ada anak lain pula ceritanya.  Bila bersiar-siar ayah pegang tangan anak sulong dan ummi pula pegang tangan anak tengah.  Bila dah anak tiga, anak sulong jalan pegang seluar ayah, ayah dukung anak bongsu, ummi pula ikut dari belakang seperti biasa pimpin tangan anak tengah.

Sekian, detik berpegangan tangan memang terasa mesra.  Cer bila kena tangankan... apa pula rasa...pikir lah yer.

P/S:  Catatan ini tiada kaitan dengan aksi remaja zaman sekarang atau lain-lain pasangan yang tidak sah.  Catatan ini sekadar imbasan memori masa silam penulis untuk renungan masa akan datang.

^-^

Baik Bicara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Berkongsi lagi ... semoga bermanfaat

Semoga Allah merahmati orang yang baik bicaranya dan meraih kebaikan atau yang diam dan menghindari keburukan.
(Ibnu Mubarak)


*

07 Februari 2012

Rezeki dan nasib yang berbeza

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sekadar berkongsi rasa berkenaan rezeki nasib manusia.  Kita sering merasakan diri kita ini malang. Bukan tidak bersyukur dengan rezeki yang ada tetapi begitulah hakikatnya bila kita tidak berjumpa dengan orang lain yang bernasib kurang baik dari kita.

Luahan rasa dalam blog ini sekadar ingin menyatakan rasa simpati pada nasib seseorang.  Bagaimana beliau mampu mengharungi hidup dengan ujian yang kita tidak pernah rasa.  Benar! Allah menurunkan ujian ke atas hambanya mengikut kadar kemampuan.

Begitulah kita sebagai manusia sesekali menyimpan rasa simpati kepada orang lain kelak mendatangkan keinsafan kepada kita betapa nikmat yang kita perolehi.  Semoga kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diterima seterusnya berusaha untuk menjadi hambaNya yang terbaik di muka bumi ini.

Kita sering rasa terluka dan kecewa dengan sikap orang lain kepada kita.  Tetapi jangan lupa masih ada ramai lagi insan lain yang menyayangi dan menghormati kita.  Bukan minta disayang atau dihormati tetapi cukuplah sekadar kehadiran di muka bumi ini disedari dan dipeduli.

Semoga setiap dari kita dikurniakan ketabahan dan kesabaran mengharungi ujian dunia demi mendapat ganjaran di akhirat.

.

Carian