Pengikut Setia

02 Disember 2011

Untuk Siapa Lagu Itu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Untuk siapa lagu itu dibunyikan
Untuk apa pula lagu itu disuarakan

Minat kita sama
suka kepada bunyi-bunyian dan lagu yang merdu
Namun kepada yang minat lagu 'rock keras' .. itu hak masing-masing

Blog ini untuk bahan bacaan atau untuk bahan dengar?
(macam pelik jer)
Betul macam pelik dan memang pelik
Kerana harus ingat bahawa 
sesekali bila terlupa perlahankan volume speaker kat notebook 
Tiba-tiba... ketika berjalan-jalan dan singgah di blog...
WOW!... kuatnya bunyi...
huhuhuu... tak suka nye... nyampah betul...
kalau lagu tu sedap tak per la ..
harus ingat yer... bukan semua lagu yang kita suka itu... disukai ramai 
Kerana minat kepada lagu tidak sama... 

Boleh faham ker?

Tidak?

Sudah lah...

.

01 Disember 2011

Sesekali terlupa menjengah Ombak Rindu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sesekali terlupa menjelma dalam diri
menjengah pintu hati
menerjah sanubari
terleka lalu terlalai
menjadikan teguran itu pedih umpama sembilu bisa
menikam menusuk jiwa nan lara

Sesekali terlupa menjelma dalam diri
menyedarkan diri yang kealpaan
umpama tersedar dari lena yang panjang
terkejut dari alpa nan tuli
menyedarkan diri akan erti sebuah kehampaan
menyedaran diri akan erti sebuah kepedihan
menyedarkan diri akan erti sebuah kedukaan

Sesekali telupa menjelma dalam diri
bisa mengubat sejuta rasa kehampaan
sejuta rasa beribu makna

Sesekali terlupa menjelma dalam diri
Bisakah diheret lupa itu ke lubuk sana
Agar tidak bisa kembali
menerjah benak fikiran bagi memulihkan semangat yang hilang

Sesekali terlupa menjelma dalam diri
Ombak rindu tiada makna
Hanya kerana aksi tertutup bisa terbentang di layar kaku
menghampar kasih nan suci
dalam keheningan dan kesucian yang ternoda

Sesekali terlupa menjelma dalam diri
Seharusnya bisa memberi ingatan kepada diri akan sebuah kehidupan yang lebih bererti

Sesekali .... jangan dibiarkan menghantui diri 

*.*

.

30 November 2011

Saya Mahu Oleh-Ole Dari Sabah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Dah agak lama tak join mana-mana contest, tak sangka pula Ole-Ole Dari Sabah ini sungguh menarik minat dan semangat untuk berbloging. 

Okey, boleh juga dikatakan contest ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang.  Dan pastinya semangat itu akan lebih membara dan penuh makna sekiranya Yangbaik benar-benar dapat Ole-Ole Dari Sabah yang dibawa oleh Eyriqazz.com.

Contest akan berakhir pada 4 Disember 2011.  Masih ada banyak masa lagi kepada yang berminat untuk menyertai. 

Syarat-syarat penyertaan juga tidak susah mana, yang penting cuba dan untuk lebih maklumat lanjut sila klik di SINI.


sekian.

>_<


Carian