Pengikut Setia

29 Oktober 2011

Kerja Lebih Masa

Assalamualaikum selamat sejahtera,


Sesaja nak bercerita dan nak berkongsi rasa dan pandangan mengenai definisi kerja lebih masa bagi kakitangan kerajaan atau anggota perkhidmatan awam di Malaysia.

Mengikut Perintah Am Bab G;
  1. ‘Kerja lebih masa’ bermaksud kerja-kerja yang dijalankan di luar waktu bekerja pejabat biasa yang ditetapkan kepada seseorang kakitangan iaitu menjalankan tugas-tugas rasmi yang berkaitan dengan tugas rasmi jawatan hakikinya atau tugas rasmi bagi jabatannya. Kerja-kerja yang berkaitan dengan kerja-kerjaperibadi adalah tidak dikira sebagai kerja lebih masa.
  2. Kerja Siang” bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 6 pagi hingga 10 malam.
  3. “Kerja Malam” bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 10 malam hingga 6 pagi.
  4. ‘Kerja Kecemasan’ bermakna sebarang tugas yang diisytiharkan oleh Ketua Jabatan sebagai tugas kecemasan yang memerlukan tenaga pekerja lebih daripada biasa. Lazimnya kerja kecemasan ini ialah bagi memulihkan semula perhubungan-perhubungan atau perkhidmatan-perkhidmatan penting yang terputus atau terganggu; atau memelihara perhubungan-perhubungan atau perkhidmatan-perkhidmatan tersebut daripada terganggu atau terancam. Suatu kecemasan itu hendaklah dianggap berakhir bila perhubungan-perhubungan telah tersambung semula atau perkhidmatan-perkhidmatan penting telah berjalan semula; atau apabila kedua-duanya lepas daripada gangguan atau ancaman.
  5. Corak kerja lebih masa juga adalah meliputi semua jenis tugas seperti perkhidmatan kaunter, pemerosesan, penyeliaan dan pengawasan dengan tertakluk kepada syarat-syarat kerja seperti berikut:
a) Kerja-kerja kecemasan

b) Kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan pada hari berikutnya sebab penangguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan.

c) Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh anggota melebihi daripada tugas biasanya; dan

d) Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangkamasa yang terhad.


sumber:  Perintah Am Bab G

28 Oktober 2011

Kegunaan lampu signal untuk apa?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

sumber gambar:  google.com

Lampu signal.  Tentunya cerita tentang lampu signal ini terutama berkaitan pengguna jalan raya sudah sering kali keluar dalam blog, twitter ataupun facebook.  Cerita-cerita itu sudah tentu berkaitan rasa tidak puas hati dengan pemilik kenderaan lain yang suka "menyimpan" lampu signalnya untuk digunakan ketika kecemasan. 

Bila fikirkan kecemasan yang bagaimana lagi sebenarnya mereka perlukan untuk menggunakan kelebihan yang ada pada lampu signal.  Sesiapa pun akan terasa geram kalau dah sekian lama menunggu di simpang tiga tiba-tiba kereta tu .... nak masuk kiri... Ya Allah rasa nak sumpah seranah pun ada.  Kenapa tak bagi signal dulu... sakitnyaaaa hati.

Okey lah... kira kita ni memang baik... dan memang baikpun, anggap saja orang tu yang tidak bagi signal kerana beberapa sebab berikut:
  1. terlupa jalan dah sampai dekat baru nampak jalan
  2. tangannya sakit tak boleh nak 'cuit' suis lampu signal
  3. dia nak cepat... ada kecemasan di rumah atau di ofis
  4. lampu signalnya rosak dan tak dapat berfungsi dengan baik
  5. dia tersilap 'cuit' suis.. nak petik suis lampu terpetik suis 'wiper'... hahahha
  6. kesian kat dia... tak jumpa suis signal..
Puas hati.  Atau ada sebab-sebab lain yang boleh dikongsikan bersama...

Silakan,


,

27 Oktober 2011

Penetapan Tarikh Hari Raya Aidil Adha 1432 H / 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sumber gambar:  google.com


Selamat Hari Raya Raya Aidil Adha.  Selamat hari Raya Qorban, Selamat Hari Raya Haji. Eid Mubarak.  Inilah di antara rangkaian ungkapan yang sering kita lafazkan atau kita ucapkan menjelang hari yang dimaksudkan.


Hari ini, 27 Oktober 2011 bersamaan 29 Zulkaedah 1432 merupakan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah.  Telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu bahawa 1 Zulhijjah 1432 adalah jatuh pada 28 Oktober 2011, maka dengan itu 10 Zulhijjah 1432 jatuh pada hari Ahad bersamaan 6 November 2011.  Seperti kebiasaannya hari berikutnya adalah hari cuti umum.  Namun begitu kita nantikan dulu andainya ada pengumuman secara rasmi oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Nantikan cerita-cerita menarik mengenai ketibaan hari raya Qurban...

.
,

Carian