Pengikut Setia

27 Oktober 2011

Sebahagian hawa nafsu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Perkongsian makna dan ingatan buat diri agar sendiri berwaspada dengan amalan di sepanjang kehidupan.

Sesungguhnya diantara bagian hawa nafsu yang tersembunyi adalah merasa senang apabila amalan yang kita perbuat dilihat oleh orang lain.(Ibnul Atsir)

Sekian, semoga menghasilkan manfaat.

26 Oktober 2011

Antara kaya dan miskin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Kaya.  Ada banyak pengertian mengenai kaya.  Kaya harta seperti wang ringgit yang berjuta-juta di bank, kaya harta seperti banglo 2 3 tingkat atau tingkat 2 3 ekar... eh kaya ker?. 

Maksud kaya bukan sahaja kepada kaya harta dunia tetapi juga kaya dengan budi pekerti dan adat sopan dan kaya jiwa seperti tidak mudah putus asa dan tidak mudah tunduk kepada kehendak nafsu.

Bukan niat nak memberi ceramah motivasi atau ceramah keagamaan tetapi sekadar berkongsi rasa dan pendapat.  Berkenaan dengan maksud kaya.  Kita sering memahami bahawa kaya itu kaya wang ringgit dan kaya itu untuk diri kita sendiri atau untuk keluarga kita. 

Aye (Saya) pernah terdengar perbualan seorang sahabat yang katanya dia dah cukup kaya.  Dia dah kaya kerana mempunyai gaji yang sudah cukup untuk keluarganya, anak-anak sudah besar dan masing-masing sudah punyai kerjaya sendiri dan mampu menyara hidup sendiri.  Beliau juga sudah kaya kerana sudah mampu ke Mekah sebanyak 4 kali.  Kita andaikan menunaikan haji sekali dan diikuti dengan umrah 3 kali.  Oleh kerana dia sudah 'cukup kaya' maka tidak perlu lagi dia mengejar wang ringgit kerana baginya masa yang ada sekarang adalah untuk beribadat dan menunggu mati.  Astaghfirullah!  Sungguh aye tidak sangka begitu sekali pandangannya mengenai kekayaan.

Memang benar dan tiada yang tidak benar bahawa harta dan kekayaan itu milik Allah dan dipinjamkan kepada kita ketika di dunia untuk menikmati hidup ini.  Tetapi bukankan kekayaan yang kita miliki itu untuk dikongsikan bersama dengan insan lain.  Bukankah 'tangan yang di atas itu lebih mulia dari tangan yang dibawah'?  Oleh itu, bukankah dengan kekayaan yang kita miliki itu boleh pula kita salurkan kepada insan-insan lain yang memerlukan. 

Disamping kita bekerja dengan hasil titik peluh sendiri kita sudah dianggap beribadah sekiranya ia dilaksanakan dengan niat yang ikhlas untuk keredhaan Allah.  Dan hasil yang kita perolehi itu, atau kekayaan yang kita miliki itu dibelanjakan untuk keperluan keluarga kita, saudara mara kita dan sahabat handai atau jiran tetangga yang terdekat kita akan dapat ganjaran pahala untuk bekalan di akhirat kelak.  Tambahan pula bila dibelanjakan atau disumbangkan pula kepada fakir miskin atau lain-lain asnaf yang memerlukan... Subhanallah! banyak sungguh ganjaran yang kita perolehi.  Ditambah lagi dengan sumbangan zakat harta dapat pula membantu dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.

Dengan itu, kaya bukanlah bermakna untuk lingkungan kehidupan kita sahaja sebaliknya ia meliputi semua dan seluruhnya yang berada di sekitar kita.

"Harta jika diletakkan sebagai alat, ia akan menyelamat.  Tetapi jika ia menjadi matlamat, ia akan membawa mudarat"

Sekian.

25 Oktober 2011

Solusi Isu No. 37 : Kaya Antara Realiti dan Ilusi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Masih belum terlewat rasanya untuk berkongsi maklumat mengenai isi kandungan majalah Solusi Isu No. 37.

Antaranya:
  1. Jangan biarkan dosa bersarang di facebook
  2. Melentur anak dengan rotan
  3. Kiamat 2012?
  4. Hidupkan Adab Uama Salaf
  5. Bersederhana dalam ibadah
  6. Kaya Realiti:  Terhibur dengan hidup bersyukur
  7. Umpama bayi baru dilahirkan
  8. Isteri ingin pembantu rumah
  9. Ghairah menghidupkan amalan masjid
  10. Haji Sihat:  Suatu manfaat yang tersirat, dan
  11. banyak lagi artikel yang menarik...
Sekian.  selamat membaca


>-<
.

Carian