Pengikut Setia

04 Oktober 2011

Dapatkan iPad 2 dengan perkhidmatan berkualiti dan profesional dari Castrol Auto Service

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


iPad 2, sememangnya menjadi impian ramai orang.  Dengan kelebihannya yang pelbagai dan mudah dikendali, siapa saja pasti terpikat.

Jadi ambil peluang keemasan ini melalui perkhidmatan berkualiti dan kepakaran daripada Castrol Auto Service serta peluang untuk memenangi iPad 2.

Sudah pasti sesiapa saja akan tertarik dengan tawaran istimewa ini... bukan sahaja berpeluang memenangi iPad2, tetapi kereta juga akan diberikan khidmat yang terbaik pasti memuaskan hati.


Zoom your way to one of the Castrol Auto Service centres to service your car and win yourself an iPad2!


My car gets quality & professional service while I stand to win an iPad2, only at Castrol Auto Service! #Service&Win

sekian.

*.*

Pengurus dan Pinggan Makan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pengurus dan pinggan makan.

Suatu hari, seorang Profesor menghadiri satu majlis tidak rasmi di sebuah hotel.  Kehadirannya ke majlis itu menggunakan peruntukan sendiri dan harus mengambil cuti kerana syarikatnya tidak menyediakan peruntukan kepada stafnya untuk ke program seumpama itu. 

Menurut Profesor itu, nama program yang dianjurkan amat menarik perhatiannya.  Dengan hasrat ingin belajar dan menambah ilmu, berbekalkan pengetahuan dan ilmu di dada beliau melaporkan diri untuk mengikuti program berkenaan yang dianjurkan oleh satu syarikat konsultan di sebuah hotel terkemuka.

Pada pandangannya program itu pasti mendapat sambutan ramai yang berjaya memberi input berguna kepada pesertanya.

Sejurus melaporkan diri, semasa makan malam profesor memerhatikan gelagat fasilitator kursus.  Selesai makan, profesor merapati sekumpulan fasilitator itu.  Pandangannya singgah di pinggan makan mereka dan terus mengamati wajah fasilitator itu satu persatu.  Mereka selamba sahaja tanpa merasa curiga, sambil tersenyum terus meninggalkan pinggan makan yang masih banyak bersisa.

Di satu sudut, Profesor mendekati mereka dan bertanya "Mengapa tidak dihabiskan makanan tadi?  Saya mengganggu ke?" 

Salah seorang dari mereka menjawab, "Kami dah biasa makan makanan macam ni, lagipun bukan kami yang bayar syarikat yang bayar kepada pihak hotel ni".   

Seorang lagi menyambung "Kalau setakat makanan macam ni, apalah sangat... bukan sedap pun".

Profesor itu dengan rasa yang sungguh kesal menjawab semula "Bukankah harga makanan itu dibayar oleh kami, peserta kursus ini.  Kalau tuan-tuan tidak mampu menghabiskan makanan dalam pinggan tu janganlah longgokkan dalam pinggan tu banyak-banyak, ambillah sekadar mampu sahaja".

Mereka saling berpandangan dan terus berlalu dari situ.  Profesor tadi terus membatalkan sahaja penyertaannya d dalam kursus itu.

Moral dan Etika cerita:
Pengurus yang berjaya pada pandangan kasar adalah orang yang mampu menguruskan pekerja dan aset organisasinya dengan baik.  Pengurus juga dilihat sebagai orang yang mampu menjadikan matlamat organisasinya tercapai.

Tetapi,  bila dilihat dari satu sudut yang lain atau dari pandangan mata halus... pengurus yang berjaya adalah pengurus yang mampu menghabiskan makanannya ... tidak bersisa.  Hairan kan?  Pandangannya begini, sebagai individu pengurus itu mempunyai pandangannya sendiri berkenaan keupayaannya untuk menghabiskan makanannya.  Andaikata makanan itu dilihat sebagai tidak enak, tidak perlulah ambil banyak, atau tak perlu ambil langsung.  Sekiranya makanan itu nampak sungguh menyelerakan, tidak perlu juga ambil banyak-banyak kerana kita belum lagi merasa makanan itu adakah ia sesuai dengan selera kita.

Pandangan ini diperolehi dari Profesor yang tersebut di atas dan sudah agak lama ingin dikongsikan dengan ramai orang.  Biarpun tak ramai yang tahu atau mungkin juga ramai yang tahu tetapi aye yang baru tahu... perkongsian ini diharap dapat memberi pengetahuan baru.

*Sesekali perhatikan pinggan kita, adakah habis makanan yang kita ambil, atau bersepah.  Jika habis, kita ada peluang untuk menjadi Pengurus yang berjaya.  Jika tidak, belajarlah dari sekarang untuk berfikir tentang selera dan nafsu makan kita...

Sekian.

03 Oktober 2011

Perodua Myvi Extreme hadiah extreme dari Denaihati

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada Rakan Blogger yang sudi nak jadi sponsor kepada contest besar Denaihati yang sedang dirancang di blog Denaihati. 24 jam selepas entri mencari sponsor disiarkan beberapa sponsor telah diterima antaranya Wang Tunai, Blackberry Bold 3 dan Samsung Tab 2. Berdasarkan email ada banyak lagi pertanyaan pihak individu dan syarikat yang berminat nak jadi sponsor kepada contest yang bakal dianjurkan.

Rakan Blogger nak tak kalau hadiah utama contest yang bakal dianjurkan adalah kereta Perodua Myvi Extreme? Aku yakin semua nak terutama yang belum ada kereta lagi. Siapalah nak sponsor hadiah semahal tu melainkan PERODUA tapi nak ke PERODUA pandang blog Denaihati. Tidak mustahil tetapi agak susah sikit jadi janganlah kita mengharap bulan jatuh ke riba.



Percaya tak ada yang nak sponsor hadiah Myvi 1.5 Extreme tapi dengan syarat beliau menang hadiah RM100ribu yang dianjurkan oleh DEALMATES. Apa kata kita semua support beliau untuk menang contest DEALMATES. Mudah je ikut cara-cara dan syarat yg ditetapkan :



•Mesti warga Malaysia yang ada MYKAD

•Mesti ada akaun FACEBOOK

•Klik link referral ini DEALMATES

•Daftar akaun DEALMATES atau connect menggunakan Facebook

•Kongsikan entri “Win RM100,000 Cash from DealMates.com” di Facebook anda.

•Isikan data beribadi nama dan no hp untuk pengesahan pemenang

•Paling best anda juga layak untuk menang RM100ribu setelah melakukan semua di atas.

Jadi jangan tangguh lagi jom klik link ini DEALMATES untuk support kawan kita menang RM100k yang dah janji nak sponsor Myvi 1.5 Extreme. Bayangkan drive PERODUA Myvi Extreme di lebuhraya Utara Selatan mesti boleh pulun cecah 180km/jam. Blogger Ariffshah pun join contest ini jadi kenapa tidak kita.



Ranking terkini : No 3 (Mari kita ramai-ramai bantu supaya jadi No 1)



Nota : Kepada individu dan syarikat yang nak jadi sponsor contest blog Denaihati sila klik “Sponsor Contest Besar Denaihati“.

Carian