Pengikut Setia

12 September 2011

Hidup bukan sekadar pilihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hidup bukan sekadar pilihan sebaliknya apa yang terjadi adalah telah tersurat.  Hanya kita yang perlu bijak meneliti apa yang tersirat di sebalik setiap kejadian.  Dalam kitaran hidup dan kejadian siang dan malam, kita sering diberi pilihan untuk berbuat baik atau sebaliknya.  Maka setelah diberi pilihan, pilihlah dengan bijak dan akal yang bestari untuk membuat baik.  Mengapa mesti memilih untuk membuat yang lain yang tidak baik yang kita tidak suka sebenarnya. 

Sesuatu yang terjadi sama ada kita sedar atau tidak kadang-kadang itu bukan pilihan kita tetapi kita telah terpilih untuk melakukan itu.

Tanpa kita sedari apa yang kita lakukan telah mendatangkan kesusahan kepada hati kita sebenarnya kerana terpaksa memikirkan hati dan perasaan orang lain.  Tetapi dalam kesedaran itu adakah kita akan insaf dan berfikir untuk tidak melakukan sesuatu yang di luar kotak pemikiran yang positif. 

Kita sering disogokkan dengan istilah 'lakukan sesuatu yang di kotak pemikiran anda'.  Adakah kita sedar kadang-kadang yang berada di luar kotak pemikiran kita boleh juga mendatangkan mudarat kepada hidup kita dan hidup orang di sekeliling kita terutama orang yang kita sayang.

Apa yang ada di luar kotak pemikiran anda adakala di luar kawalan perasaan dan naluri kita sebagai manusia biasa.  Berfikir dengan waras sebelum melakukan sesuatu yang berada di luar kotak pemikiran.  Dikhuatiri apabila berfikir di luar kotak pemikiran akan mendatangkan sesuatu yang diluar kawalan akal yang waras.

Apa sebenarnya yang berada di luar kotak pemikiran. 
Walaupun kita berfikir dalam kotak pemikiran tidak semestinya kita seperti katak di bawah tempurung.

Kita adalah apa yang kita pilih dan pilihlah untuk membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang yang memerlukan bukan sekadar untuk kepentingan diri sendiri.

Sekian.

*.*




Hari yang lemau

Asalamualaikum dan selamat sejahtera,



Lemau bukan Limau bukan juga Mak Limah atau Leman
Lemau tu kalau biskut macam masuk angin
Lemau tu kalau untuk orang macam... lemah jerh...

huhu....kalau nak tau korang lemau ke tidak meh tengok gambar ni...


*.*


*.*


*.*


*.*


*.*


*.*


*.*


*.*


&
*.*


&
*.*


&*.*&


"








pas tu... korang komen sikit apa yang korang nampak...



11 September 2011

Selami makna di sebalik Das Auto

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Das Auto - masa depan,masa lalu dan masa kita sekarang .

Adakah kita benar-benar menghargai kenderaan yang kita gunakan dalam perjalanan seharian?
Kebijaksanaan membina sebuah kereta telah mendapat perhatian, luar biasa dan dan sering dikenali sebagai mainan baru. Kebanyakan kita tidak mengambil kira setiap hasil titik peluh dan setiap orang yang menghasilkan kereta yang kita pandu hari ini.

Volkswagen, ia adalah masa lalu, sekarang dan masa depan kita. Jenama yang membina Kereta terutama pada zaman kanak-kanak kita dahulu mahupun zaman datuk kita. Menghargai bentuk Kubah yang unik dan mampu digunakan untuk satu-satu barangan dengan keluarga dan rakan-rakan anda kerana ia mempamerkan apa yang berlaku di bawah hud dan sudah tentu, apa yang Volkswagen inginkan.
 

Hujung minggu ini kita akan faham mengapa Volkswagen adalah masa lalu, sekarang dan masa depan kita. Dan kini anda akan tahu kenapa mereka panggil "Kereta." (Das Auto.).

 

 

Carian