Pengikut Setia

07 Ogos 2011

Perhiasan wanita di bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Bukan sesuatu yang mengejutkan tetapi tidak sangka dan tidak sanggup terjadi kepada bangsa dan agamaku. 

Wanita itu memang kuat semangatnya namun kerana kerenah birokrasi yang tidak baik menjadikan dia dalam dilema. 

Namun begitu bagi setiap wanita harus ingat dan yakin bahawa masih ada ramai lagi insan berhati mulia di belakang anda yang akan membantu anda untuk terus kekal dalam agama Islam yang suci ini.

Petikan 1:  Baca seterusnya di SINI
"Aku tidak pernah anti dengan agama lain kerana Islam itu adalah hidayah dari ALLAH SWT dan hanya ALLAH SWT sahaja yang akan memilih siapa yang dikehendaki. Aku anti kepada pemimpin Islam yang menjaja Islam untuk mendapat kuasa dan jadi kecut apabila ada isu panas sebegini, diam seribu bahasa." 
Sungguh hati ini tersentuh dan sayu dengan kisah wanita Islam yang berterusan menerima pujukan pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Ingatlah "Bagi mu agama kamu dan bagi kami agama kami".  Biarpun segelintir tidak membantu namun masih ramai lagi yang akan turun membantu.

Ingatlah:
Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah (HR Muslim)

Sekian.

Bersyukurlah #2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Bersyukurlah!  Merujuk tajuk di atas, ewah2 macam buat surat rasmi pulak. 

Well, bersempena bulan Ramadhan dan tidak semestinya di bulan Ramadhan sahaja, malahan setiap masa kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada kita.

Lalu diulang sekali lagi keratan ayat itu yang bermaksud begini:

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (QS Ibrahim :7)


Ayat di atas dipetik dari entry di SINI dan menggunakan tajuk yang sama.  Cuma kurang pasti apa kaitan antara ayat di atas berserta link entrynya dengan gambar di bawah ini?

dipetik dari laman web tineye.com dan diperolehi dari live.feedjit.com.  Ada sesiapa yang tahu? Sila ...


Akhir kalam, bersyukurlah dan selamat berpuasa.


06 Ogos 2011

Puding Karamel Untuk Berbuka Puasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Petang ni buat puding karamel gula hangus untuk berbuka puasa.. jeng jeng jeng...... ada cerita di sebalik gula yang hangus itu....



Gula itu memang hangus sungguh sebab lalai seminit jer... macam mana boleh hangus... dah letak gula dalam dulang, hidupkan api ... pi buka blog pulak... ala konon-konon nak tunggu gula hangus... apa lagi penuh asap kat dapur... hehehe tulah akibat nak buat 2 3 kerja dalam satu masa.


Petang ni tak sempat nak capture gambar tu.... malam nanti jika ada kesempatan aye letakkan gambar... puding ajer la... gula yang hangus tu dah buang... rugiiii...

Sekian, selamat berpuasa dan selamat bertarawih... bukan tawarih... ngek


*-*

.

Carian