Pengikut Setia

01 Ogos 2011

Ramadan yang bakal tiba

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hanya beberapa hari lagi, Ramadhan bakal menjelma.  Sehingga kini apakah persiapan yang sudah dilakukan bagi menyambut keberkatan bulan nan mulia itu?

Sebagai ingatan buat diri...

Telah diriwayatkan, tatkala tibanya bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w akan mengingatkan para sahabat telah erti dan nilai bulan yang mulia ini. Semuanya adalah untuk mengingatkan kita agar mengambil peluang yang diberikan oleh Allah ini. Misalnya di dalam sepotong hadith, Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud:



Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bukan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah.

[Hadith riwayat al-Nasaai]


Baca catatan seterusnya di SINI.

Semoga bermanfaat.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. 

1 Ramadan 1432 | 1 Ogos 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432

Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.  Semoga dikurniakan kerahmatan dan kesejahteraan di sepanjang bulan Ramadhan ini.  Semoga Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita.  Semoga Ramadhan ini memberi penuh makna dalam kehidupan kita.  Semoga Ramadhan ini dapat kita lalui dengan sempurna.

#Cerita bersahur ahli keluarga pula:
Jam 4.00 pagi, semua ahli keluarga bangun, mula dari Inas Insyirah yang berusia 7 bulan sehingga lah Alif yang berusia 5 tahun.  Cukup jam 6.00 pagi, tidur semula.... Ujian pertama di bulan Ramadhan 1432...


Sekian, salam Ramadhan.

31 Julai 2011

Senarai Kueh Raya 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Maaf entri ini tiada gambar untuk diutarakan... Then, bila terbaca nama kueh tu... gambarkan sendirilah macam mana rupanya, seperti juga gambaran rasanya yang pasti enak dan disukai ramai.

Entry ni juga nak tumpang glamor Hotel UiTM, sebab dicedok bulat-bulat dari email yang diterima dari Hotel UiTM.  Adalah ubahsuai sedikit jenis tulisan dan saiznya agar bersesuaian dengan blog yang baik nih...

layan la ehhhh

.
.
.
.
.

Promosi Kuih Raya Hotel UiTM Kembali Lagi !!!
 Semua harga bagi kebanyakan kuih dikekal seperti tahun lepas serta kualiti kuih dipertingkatkan.
Senarai Kuih Raya 2011
 · Biskut Makmur RM 18 / 50 Biji
· Biskut Mazola RM 15 / 50 Biji
 · Biskut Bangkit Sago RM 18 / 50 Biji
 · Biskut Gajus RM 18 / 50 Biji
 · Biskut Sampret RM 18 / 50 Biji
 · London Almond RM 20 / 50 Biji
 · Tart Nenas RM 20 / 50 Biji
 · Choc. Chips RM 20 / 50 Biji
 · Maruku RM 15 (1/2 kg)
 · Kuih Kapit RM 17 (1 Balang)
Kepada sesiapa yang berminat boleh berkunjung ke Meranti Grill, Hotel UiTM. 

Bermula 02 Ogos hingga 26 Ogos. Jam 12.00 tgh hingga 09.00 mlm.
 Hubungi Zaini 017 2300545 / Hotel UiTM Shah Alam
Amy 019 3178483 (Hotel UiTM)
 Tempahan juga boleh dibuat secara email ke

Seperti biasa tempahan tuan puan boleh dihantar terus ke pejabat atau mengambilnya di Hotel UiTM.

Pesanan Khas daripada Penaja:  Semua urusan tempahan dan pengambilan adalah tanggungjawab individu yang sangat-sangat berminat untuk mendapatkan keenakan kueh raya buatan Hotel UiTM.
 Terima Kasih &Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Carian