Pengikut Setia

12 Julai 2011

6 Pesanan untuk Mujahidah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Andai Syahid yang diimpikan... mungkin pesanan ini juga ada manfaatnya


1.  Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal(kan) solat.

2.
Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3.
Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4.
Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5.
Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6.
Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Mudah-mudahan hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.


Sekian adanya. 

10 sebab mengapa saya tidak suka makan di AYAMAS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


AYAMAS, selain daripada mempunyai beberapa produk seperti nugget ayam, chicken ball, chicken burger, chicken drummet dan macam lagi produk ayam AYAMAS turut mempunyai restoran.  Makan di Restoran Ayamas ni seronok ke?

Suatu ketika dahulu ketika Restoran AYAMAS mula diperkenalkan di Seri Manjung, kami sekeluarga antara peminat Restoran Ayamas, walaupun tak sesetia Restoran KFC.  Namun setiap kali ke Seri Manjung bila nak cari tempat makan nasi kami pasti akan ke Restoran Ayamas kerana nasi ayamnya sedap dan juga beberapa menu lain seperti ayam panggang madu serta kerana suasananya yang santai dan tak perlu tunggu lama (kerana tak ramai orang!?).

Tetapi restorannya di Seri Manjung tak bertahan lama mungkin dalam 5 tahun aje kot atau tak sampai 5 tahun.  Kini Restoran itu muncul semula di Seri Iskandar pula.   Kami berkunjung pula ke sana.  Namun suasananya berbeza, kerana di Seri Iskandar tiada tempat makan yang selesa seperti di Seri Manjung.  Pada awal pembukaannya, kami terpaksa makan di luar kerana meja dan kerusinya terletak di luar bukannya di dalamnya premis... tak selesa langsung macam tiada privasi.  Kami ambil keputusan untuk bungkus sahaja, tak jadi makan di situ.

Beberapa ketika kemudian, kami berkunjung semula ke sana (Seri Iskandar) kerana kelihatannya sudah ada meja dan kerusi di dalam premis.  Tambahan pula rasa rindu kepada keenakan ayam panggang madunya.  Di situ, kami order nasi ayam madu dan air... oh tidak...kena beli air kotak atau air tin yang terdapat di dalam freezer... yang sedihnya kena pilih sendiri dan bayar asing-asing... itu tak berapa sedih lagi.

Kami sekeluarga makan.  Tempat makan yang tak berapa selesa sangat sebab penghawa dinginnya terlalu sejuk dan menghala terus ke meja kami.  Petugas di situ... mungkin juga nak kena sound direct kot “Hoi! Aircond sejuk sangat la!”  kot baru nak bergerak.  Tapi kami taklah begitu, Cuma kedengaran anak2 merungut sejuk sangat lah... Petugas kat situ buat deeekkk jer.. leceh juga, hilang 1 mood.  Dah tu meja sebelah di tempat kami makan, petugas sedang buat kiraan apa entah lah... mungkin kira order atau kira untungggg kot.  Tak selesa kan?  Semasa kita sedang makan kedengaran petugasnya bersembang tentang untung rugi atau stok semasa.... sungguh tak selesa, hilang lagi 1 mood... makan jugalah pedulikan mereka.. mungkin kerana tiada tempat lain yang lebih sesuai kot untuk mereka berbincang.

Tiba-tiba..... black-out!!! Alamak tergelap pulak, sedang makan neh... mujurlah tempat makan kami tu berdekatan dengan pintu dan dinding kaca... cerahlah sikit, tidak kelihatan pula lampu tambahan atau usaha untuk menggunakan tenaga letrik tambahan untuk menenangkan pelanggan yang sedang makan... di sini saja dah kehilangan hampir 5 mood untuk makan dan semangat pun semakin hilang. 

Dalam pada itu, kedengaran siren dari bangunan sebelah mungkin siren kecemasan di Bank ... yang tidak diketahui pula punca bunyinya.  Kebaikan staf tidak boleh dinafikan, salah seorang dari mereka membuka pintu Restoran dan meninjau apa yang terjadi kemudian masuk semula... tanpa menutup pintu tadi menyebabkan bunyi bising siren berkenaan mengganggu kami yang sedang makan... memang hilang mood.... lantas kami meminta staf tadi menutup semula pintu dan ditutupnya.... Baru perasan dalam restoran itu ada lalat lah... hmmmm tak per lah... kat rumah kita pun kadang-kadang ada lalat juga mana nak buatnya...

Dalam kesuraman itu, datang pula staf mencuba alat penangkat lalat kelihatannya seperti raket tennis... melibas-libas ‘raket tenis’ tadi untuk menangkap lalat berhampiran pintu kaca... ada ke patut... Bagaimana di Restoran yang terkenal dengan namanya yang hebat dan gah itu membiarkan stafnya menghayun ‘raket tenis’ di hadapan pelanggan yang sedang makan... sungguh kurang sopan... nasib baik juga staf berkenaan tidak menghayun berdekatan kami..

Tak kisahlah apa pun.... kami menghabiskan makanan yang ada dalam keadaan seperti terpaksa kerana dah bayar ... mahal pulak tu... Cuma terubat sikit mood dan semangat yang hilang tadi bila ada staf yang membantu anak2 kami mencuci tangan mereka di dalam keadaan suram ala-ala romantika gitu...

Kami keluar dari restoran itu dalam keadaan yang kurang puas hati.  Walaupun hasrat nak makan ayam panggang bermadu itu tercapai tetapi oleh kerana beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang waktu makan langsung menjejaskan keenakan rasa ayam panggang madu yang dah rasa tak berapa enak seperti dulu.

Pandangan saya, pihak Restoran Ayamas sepatutnya
  1. mempunyai pelan kontigensi ketika berlakunya black out.
  2. Menggunakan alat perangkap lalat yang tergantung di dinding dan bukannya boleh dipegang dan dibawa ke mana-mana oleh staf.
  3. Menyediakan tempat khusus kepada staf untuk berbincang isu-isu atau soal kerja
  4. Tidak membiarkan staf bekerja dalam gelap, kerana tempat penyediaan kelihatan agak suram walaupun ketika tidak black-out.
  5. Menyediakan wang tukar yang mencukupi untuk digunakan ketika black-out, kerana cash machine tidak berfungsi
  6. Menyediakan tempat makan yang selesa jika hendak atau tidak perlu adakan lansung tempat makan, hanya untuk beli atau take away sahaja.
  7. Memberi latihan yang mencukupi kepada staf dari segi layanan dan pengetahuan tentang menu.
  8. Adakan tawaran dan promosi harga rendah
  9. Pastikan kesegaran makanan dan kualiti makanan sentiasa terbaik.  Contoh nasi ayam rasanya tak berasa masak dan sejuk.
  10. Lakukan sesuatu supaya bakal pelanggan tidak lari dan mengekalkan pelanggan sedia ada.
Sekian.

11 Julai 2011

Bila dah biasa sangat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bila dah biasa sangat kutuk-kutuk orang
dok kutuk dan kata kawan-kawan ler...
hingga terlupa dan terbawa-bawa dan dah tak ingat dunia pulak

Kenapa lah sampai sanggup memalukan mak bapak dan keluarga
itukah yang diajar oleh ibu bapa atau cikgu di sekolah

sesekali meluahkan rasa tak puas hati taklah menjadi salah
tetapi biarlah berpada
jangan kerana nak dapatkan publisiti
sanggup menggadai maruah diri dan keluarga
akhirnya siapa yang malu?

Sendiri jawablah!

Carian