Pengikut Setia

22 Januari 2011

Cerita Ceriti Google Page Rank | Berapa PR blog anda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nak update sikit cerita tentang Google Page Rank.  Memang susah nak buat cerita kalau kita tak tahu hujung pangkal dan makna cerita.  Tetapi yang hairannya nak juga buat cerita, sekadar menumpang populariti tentang PageRank yang sedang meletup sekarang. 

Rata-rata otai blog... terutamanya blog yang dimiliki oleh jejaka idaman Malaya.  Kalau tak percaya... boleh tengok kat 'blog list yangbaik' ...Boleh dikatakan 'mereka' semuanya membicarakan tentang kepentingan PR untuk blog.  Taklah sehebat Wanita Melayu Terakhir, kalau berbicara tentang kepentingan PR untuk blog ... sekadar di pinggiran jer... tapi tak semua.  Cuma tak nampak sangat perbincangan mengenai PR kat blog mereka.

Baca juga cerita-cerita tentang Google PageRank kat blog Denaihati.com.  Boleh dikatakan majoriti pengunjung yang memberi ulasan/komen adalah terdiri dari blogger 'jejaka idaman Malaya'...

Untuk mengetahui apa pula PageRank blog anda, cubalah aplikasi kat bawah nih:-
<><><> <><><> <><><>



Check Page Rank of your Web site pages instantly:













This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service






 
 
sekian... adanya

Makan-makan Mesra hujung minggu di Petronas Bandar Universiti

Selamat sejahtera,

Catatan ringkas kali ini disediakan berkaitan "pesta" makan-makan di Mesra Petronas Bandar Universiti, Seri Iskandar.  Jika anda pernah ke sana pasti anda pernah merasai kelazatan dan keenakan nasi ayam dan laksa.  Rasanya memang sedap dan layanan petugasnya yang Mesra menjadikan hidangan bertambah enak lagi.

So, tak payak cerita panjang-panjang... layan dulu gambar-gambar yang sempat diambil ... sebelum makan... selepas makan ... dah tak cantik...

dimulakan dengan nasi lemak dan milo panas... actually memang tak berapa kena juga nasi lemak dengan milo tetapi disebabkan masa tu aye sedang hamil... maka kopi adalah larangan keras, bukan kerana takut anak hitam tetapi kopi boleh memberi gangguan terhadap penyerapan vitamin.  Nasi lemak seperti biasa ada sambal tumis ikan bilis, 1/4 biji telur, timun dan 'secubit' ikan masin... kocik la sangat ikan masinnya adalah sebesar ibu  jari Alif... kalau dapat besar sikit lagi okeh juga... apa2 pun bedal jer..

Alif dengan khusyuknya dan sabar menunggu ayah 'mengkecikkan' lagi ikan kering yang telah sedia kecik... geram nak makan dengan tanganya jer... ayah lambat ler.  Lepas makan, buka peti ais kat belakang tu... cari 100plus... perghhh... carilah air mineral ker... ini tidak...

akhirnya.... Alif dapat makan sendiri jugak... sebab nasi tu ditinggalkan oleh ayahnya kerana mengambil hidangan yang seterusnya...


Tara... hidangan seterusnya adalah roti bakar bersama telur rebus separuh masak... memanggg tak cukup untuk ayah seorang atau pun ummi seorang... sebab roti tu di makan berempat dengan Alif dan Diena.  Nasib baik juga anak2 tak berapa minat dengan roti tu... sebabnya mereka lebih berminat dengan jajan-jajan yang berlonggok dalam kedai mesra tu... cuma kena control sat... lepas makan depa pi la cari mana berkenan..


Setakat ni dulu gambar yang sempat di post... gambar nasi ayam dan laksa tu... tunggu ajer lepas aye habis pantang nanti nak pi makan kat sana lagi....

bukan tu jer yang ada kat kafe tu. Ada jagung kukus, pizza (taklah sehebat Zan Pizza atau Pizza hut, tapi aye sukakan kejunya... yummiii), kentang putar dan roti bakar bersama orang kaya.  Itu dulu menu yang aye ingat. 

Sekian

21 Januari 2011

11 Panduan Insan Yang Bahagia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apabila bercakap tentang bahagia, semua orang ingin bahagia.  Tetapi bahagia bagaimana yang perlu kita hadapi dan bagaimana nak uruskan bahagia itu.

Berikut adalah ringkasan bagi panduan untuk perolehi bahagia yang sempat aye kutip dari pembacaan.  11 panduan berkenaan adalah:

1.  Zuhud. 
Berpada-pada dengan pemberian Allah.  Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Berzuhud di dunia melapangkan hati jasad, sebaliknya keinginan melampau terhadapnya memenatkan hati dan tubuh badan".  (riwayat Ibn Majah)

2.  Istiqamah terhadap Ibadat dan Al-Quran. 
Sentiasa beramal dengan perintah Allah dan menunaikan suruhan serta laranganNya, di samping sentiasa menjadikan al-Quran sebagai rujukan dan panduan.  Rasululullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Bacalah al-Quran, bahawasanya ia akan datang pada hari kiamat sebaai syafa'ah bagi pemilik-pemiliknya (orang yang selalu membacanya)".  (riwayat Muslim)

3.  Bercakap pada yang perlu. 
Menjaga lidah dari bercakap perkara yang sia-sia seperti membebel atau bercakap kosong (gossip).  Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, katakanlah sesuatu kebaikan atau (lebih baik) berdiam diri".  (riwayat al-Bukhari dan Muslim)  

4.  Menjaga Solat 5 waktu. 
Solat 5 waktu (Maghrib, Isya', Subuh, Zohor dan Asar) ditunaikan segera apabila masuk waktunya.  Solat itu menjadi pembersih kepada kesalahan dan kejahatan apabila dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan tawadhuk.  Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 238, bermaksud: 
"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardhu, khasnya solat Wusta ('Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyu'".

5.  Waspada terhadap perkara haram dan syubhat (meragukan).
Waspada (wara') terhadap sumber makanan atau pendapatan dan menjauhkan diri daripada perkara yang meragukan.  Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Demi diriku yang dalam tangannya (Demi Allah), tidak seseorang hamba yag berusaha mendapatkan sesuatu harta yang haram, kemudian ia menafakahkan dengannya akan diberkati baginya dan begitu juga jika ia bersedekah akan diterima darinya dan jika ia meninggalkannya di belakangnya (sebagai harta warisan setelah dia mati) melainkan ianya akan menjadi bekal untuknya di dalam neraka.  Bahawasanya Allah tidak membersihkan kejahatan dengan kejahatan , tetapi Ia membersihkan kejahatan dengan kebaikan kerana yang kotor tidak akan dapat membersihkan yang kotor."  (riwayat Ahmad ibn Hanbal)

6.  Bersahabat dengan orang yang soleh.
Darpada 'Abdullah ibn 'Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud:
"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah Ta'ala adalah orang yang paling baik bagi sahabatnya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah Ta'ala ialah orang yang paling baik bagi jirannya."  (riwayat al-Tirmidhi)

7. Tawaddu' dan tidak takabbur.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Sesiapa yang tawadhu' kepada saudaranya yang muslim, Allah akan mengangkatnya, namun sesiapa yang mengangkat dirinya, maka Allah akan merendahkan dirinya."  (riwayat al-Tabrani)
  
8.  Pemurah dan tidak kedekut.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 267 yang bermaksud: 
"Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kami.."

9.  Belas Ihsan dengan ciptaan Allah.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-A'raf ayat 56 yang bermaksud: 
"Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya."
10.  Memberi manfaat kepada makhluk.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Sebaik-baik manusia ialah yang paling memberi manfa'at kepada manusia."  (riwayat al-Jama'ah)

11.  Sentiasa mengingati mati.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Jangan seseorang dari kamu bercita-cita (berangan-angan) untuk mati kerana sesuatu kemudaratan yang terkena ke atasnya (di dunia ini).  Maka jika ianya sesuatu yang terpaksa dihadapi, katakanlah, "Duhai Allah (terus) hidupkanlah daku, jika kehidupan itu baik untukku dan matikanlah daku, jika mati itu baik untukku."  (Muttafaqun 'alayh)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sekian, semoga mendapat manfaat bersama.  Wallahhu a'lam


Sesuatu yang paling banyak memasukkan orang ke dalam surga adalah taqwa kepada Allah dan akhlaq yang baik.(HR Tirmidzi)

Carian