Pengikut Setia

25 Oktober 2010

nak buat apa kalau dah mati kutu?

Assalam,

nak buat kalau dah mati kutu? heh, sesuka hati jer buat tajuk catatan.  ater apa nak buat dah memang itu yang keluar dan tertaip kat tajuk catatan untuk hari ini.  memang aye akui idea nak berkarya tak berapa nak keluar, walaupun ada orang (blogger) macam-macam boleh catat perihal kucing, rambut, jalan2, makan2, resepi, anak beranak, adik beradik, iklan kat tv, PFFM, enjin carian google, eh macam2 lagi lah.  yang menyebabkan mati kutu bukan apa sebab tak sempat nak fikir nak buat buat, nak tulis apa bercampur pulak dengan timbunan kerja dok fikir pasal kerja la pulak.  macam kerja dah terurus pulak...

dah banyak kali jugak kononnya nak merajuk tak nak buat catatan, tapi bila difikirkan balik buat apa merajuk, nak merajuk kat sape, tak der sapa nak pujuk, merajuklah lama manapun, yang rugi diri sendiri.

nak cerita bab merajuk pulak, asal nak merajuk sebab nuffnang dah lama tak top up kat BE, walhal hari2 buat catatan, dah 2 minggu jugaklah dok asyik BE yang tu jugak... fikir dulu.... tujuan asal buat blog bukan kerana nuffnang kan? dah buat blog baru jumpa nuffnang, mangga ads, churp churp dan macam2 lagi... dak gitu... tu la, buat apa merajuk? bukan depa tu yang rugi... tuan punya bloh jugak yang rugi, manakan tidak bila dah daftar dengan pengiklan kita tak buat kerja (tak buat catatan) mana nak datang alfulus... kan sendiri yang rugi...

tak susah nak buat catatan, catat jer apa yang terlintas kat minda, kalu minda separa sedar boleh tak?  jangan sampai catatan tu mengguris hati dan perasaan orang dah la, memang la blog ni kita yang punya dan ikut suka la apa kita nak catat tapi bila kita dah buat cerita dan catatan bukan ke kita nak orang lain baca juga.

nih satu lagi ... dah dapat 2 assignments dari churp-churp tapi belum berkesempatan nak siapkan... masih ada masa lagik..

sekian adanya.....

"Do you Polo enough?"
"Raise you hands, stop child abuse"

Apa tanda cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dalam istilah cinta dan mengharungi cinta terutama bagi remaja yang baru nak mengenal cinta.  Eh remaja ke yang baru kenal cinta.  Sebenarnya apa maksud cinta.  Maksud dan istilah cinta kadang-kadang sukar untuk dihuraikan.  Kerana ia adalah abstrak dan pengertian maksudnya terpulang kepada individu yang mengalaminya.

banyak yang nak dihuraikan tentang cinta, namun buat sementara itu apa kata kita layan hayati apa yang tertera dalam maksud mutiara cinta yang tercatat di bawah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Diantara tanda kecintaan seorang hamba kepada Allah adalah banyak berdzikir (mengingat dan menyebut) nama-Nya, karena tidaklah Anda mencintai sesuatu melainkan Anda akan banyak mengingat dan menyebut-nyebut namanya.  (Ar Rabi' bin Anas)
~~~~~~~~~~~~~~~~


Insya Allah di lain masa dan kelapangan akan ada sambungan lagi mengenai cinta...

24 Oktober 2010

mengapa tamak dengan harta dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

cerita pasal tamak memang tak sudah
sejak dari awal masa hingga ke akhir masa
mengapa tamak
ada apa dengan tamak

memang susah nak elak kot sifat tamak nih
kita tengok orang ada itu, kita nak itu
tengok orang ada ini, nak ini
orang ada yang tu, yang jugak yang tu
tapi mampukah kita untuk adakan semua tu

bak kata pepatah Melayu lama "ukurlah baju di badan sendiri"
tapi yang banyak terjadi "biar pape asal bergaye"
ater... udah sikapnya gitu mana nak ubahnye... (loghat Perak pulak...)

walaupun begitu ada jugak baiknya sifat tamak nih...
cuba check sat...hah...
kalau tamakkan ilmu okeh tak
tak sama kan dengan tamakkan harta

~~~~~~~~~~

Jauhilah sifat tamak, karena sifat itulah yang mengeluarkan Adam dari Syurga, padahal Allah telah menempatkan Adam di Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, ia makan dari berbagai macam tumbuhan yang ada di Syurga kecuali satu pohon yang Allah melarang untuk memakan buahnya, akan tetapi karena tamak, maka Adam memakan buah dari pohon terlarang itu, maka Allah mengeluarkannya dari Syurga.



(Aun bin Abdullah)

Carian