Pengikut Setia

10 Ogos 2010

Nuffnang merajuk lagi ker...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hm, (mengeluh lagi)
Entah lah... semenjak pasang 'mangga ads'
Nuffnang macam merajuk jer
Buffered earning pun tak bertambah
apa tah lagi 'earning' ... langsung tak berganjak
dah seminggu dah rasanya macam tu...
kalu ada singgah ads pun sekejap jer
antaranya Air Asia, Honda, Nokia, Milo dan apa yer... haaa... digi blackberry pun ada tapi singgah sekejap sangat
yang masih lama bertahan Digi Broadband...

Kenape yer...
adakah kerana 'Mangga ads' atau kerana kurang pengunjung atau kerana aye yang tak paham atau aye dah langgar peraturan? banyak tanya la pulak
Ada sesiapa buleh bantu...

09 Ogos 2010

Hidup ini bukan kita yang menentukan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Maaf, tajuk di atas aye pinjam dari Denaihati.  Tajuknya mungkin sama, tapi sebenarnya secara kebetulan saja kerana isi cerita mungkin berlainan dan memang berlainan sama sekali.

Tersebut suatu kisah tentang sebuah keluarga... Si isteri mendapat tawaran bekerja bagi suatu jawatan yang memang dah lama diidamkan.  Tetapi sayangnya lokasi kerjanya agak jauh dari keluarga.  Walaupun sekarang dengan gaji yang boleh tahan, cuma jawatan biasa-biasa saja, masih bersama keluarga dan susah senang dikongsi bersama suami tersayang... tak kiralah bermasam muka ke... selisih bahu ke... semua tu di depan mata.  Tetapi sekiranya si isteri jawatan baru tersebut, dia terpaksa berjauhan dengan keluarga, iaitu suami dan anak-anak... patutke... kenaikan gaji baru pun taklah seberapa sangat... cuma sekadar naik pangkat jer.

Teringat juga kata-kata pakar (tanpa rujukan) psikologi dan pakar ekonomi, andainya kenaikan gaji tu kurang dari RM1000.00 atau RM2000.00 adalah tidak berbaloi untuk pindah keluar dari tempat sekarang dengan meninggalkan keluarga dan segala 'kesenangan' yang telah sedia ada... hanya kerana tak kerja 'kesenangan' yang belum tentu. 

Kesimpulan:  Dengan meninggalkan keluarga kerana menerima jawatan kerja baru, bermacam-macam perkara yang perlu difikirkan... antaranya:  Rumah Sewa, pengangkutan, ingatan pada anak-anak... dan yang paling penting... suami ... yeeeaahhh.

Semula:  Pasti juga akan kedengaran suatu kisah lain pulak....seakan-akan suatu alasan:
1.  tak cuba mana tau
2.  hidup ini perlu perubahan
3.  hidup perlu berani

dan jawapan untuk itu.... bersediakah untuk menghadapi semua cabaran dan godaan hidup bersendirian di tempat orang... sedangkan dah lama hidup berkeluarga

Rasa-rasanya sesuai tak guna tajuk "hidup ini bukan kita yang menentukan"?

Sendiri pikirlah...

apa yang ditunggu hari ini?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Apa yang ditunggu hari ini? 
macam-macam... antaranya keputusan contest yang telah disertai di blog sini...
keputusannya dijangka keluar pada hari ini...

Pertama:

Kedua:

Ketiga:


Tunggu......keputusannya akan diupdate kat blog sini dan sini jugak .... esok yer..
Terima kasih..

Carian