Pengikut Setia

03 April 2010

April Giveaway by zie fauzi

entry melekat oleh teratak kasih zie fauzi bagi bulan April 2010

Assalamulaikum dan salam sejahtera,
SYARAT-SYARAT penyertaan baca kat Teratak Kasih zie fauzi
~~~~~~~~~~
Aye tahu mengenai giveaway ni dari blog mama syafi
~~~~~~~~~~~~~

02 April 2010

Antara amal & usaha dan fikiran & naluri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Salawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w.

"Segala amal dan usaha di dalam hidup adalah didorong oleh fikiran dan naluri.  Di dalam naluri itu ada pertimbangan antara buruk dan baik, cantik atau keji"


~~~~
Catatan aye:
setiap manusia dikurniakan akal untuk berfikir dan nafsu itu hanyalah sebagai alat untuk kita menggerakkan fikiran kita bagi memilih dan membuat pilihan yang terbaik dalam hidup.
Walaupun kadang-kadang dan ada ketikanya 'mati akal' itu bukan bermakna tiada pilihan lain

Haruskah kecewa bila dikecewakan oleh orang yang mengecewakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Salawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Kecewa?
Rasa kecewa atau sedih kerana dikecewakan
Kecewa!
Untuk apa kecewa itu
Siapa kita untuk rasa kecewa?

Kecewa...
kerana tak sangka
buah cempedak jadi nangka
hahahahaha.... ketawa

kecewa kerana tak sangka orang selama ini yang dipercayai
(walaupun memang tak berapa nak percaya tapi dipaksakan juga untuk percaya,
kerana manusia bisa berubah dan tak mungkin selamanya begitu...)
sekali lagi mengecewakan

adakah kerana tak sengaja
atau kerna ada sebab lain

Biarlah... dia dengan dunianya
(Namun hati kecil ini sentiasa berharap sikapnya akan berubah
menjadi insan yang lebih baik)
Semoga hidupnya akan lebih baik dari sekarang
tanpa sebarang bencana berat yang menimpa...
biarlah kesedaran itu lahirlah dari kehendaknya sendiri
bukan kerna peristiwa lain yang tidak diingini
~~~~~
Kecewa kita tidak ke mana kerana sebesar manapun rasa kecewa itu
Pasti terubat bila kembali menghadap Ilahi

Carian