Pengikut Setia

05 Mac 2010

Cerita tentang beberapa pencarian... bila akal dan hati bersatu

Sesekali bila jemu menguasai diri
Seakan akal tidak berfungsi
Namun akal itu tidak sekali datang
Datangnya bersilih ganti tiada galang
~~~~
poster maalhijrah
Ingat masa sekolah dulu bila tiba perayaan tertentu cikgu akan memberi tajuk lukisan poster berkisar perayaan berkenaan. Sayangnya aye kurang pandai dalam bab lukis melukis. Kesian

rostrum boleh laras di Malaysia
Rostrum adalah tempat penceramah memberi ceramah. Tetapi adakalanya penceramah tidak berada di sisi rostrum sebaliknya berada di tengah-tengah audien… untuk mengelak audien mengantuk… betulkan?

sekolah smrs
SMRS – Sekolah Menengah Raja Shahriman, Beruas, Perak Darul Ridzuan
Aye bersekolah di situ mula dari tahun 1987 (tingkatan 2c2) hingga tahun 1990 (tingkatan 5Sc)

serunding puyu
Belum pernah jumpa dan belum pernah makan lagi. Kalau ada nak cuba jugak rasa
Puyu atau sepat ronggeng pernah jumpa dan pernah makan. Goreng pun sodappp

koleksi baju kurung manik
Ada 2 pasang. Sepasang beli di Butik kat Seri Iskandar dan sepasang lagi beli dari Butik Nep.  Beli secara on-line, pertama kali dalam hidup. 

nur kasih download lizarazak
Nur kasih satu nama yang pernah popular kerana cerita tentang kisah kehidupan seorang wanita bernama nur..dan ceritanya ada sikit di sini
Download adalah muat turun
Lizarazak adalah nama blog yang aye ikut

“suka suka mana" lyrics
Hmmmm…. Tak berapa nak faham macam mana nak buat cerita

bl0g warna warni
Blog aye ada warna dan warni dan rasanya semua blog ada warna kan?

rumah anak yatim hj azmil
Belum pernah dengar lagi dan tak tau kat mana. Ada ke?
Kalau nak cari rumah anak yatim yang lain ada kat sini . Rumah Anak Yatim Bait Al Amin terletak di Parit, Perak.
Kalau cerita tentang Hj Azmil ada kat sini.
~~~~~
catatan kisah sebuah pencarian...

Mengapa sering mengharap... untuk apa

~~~
"Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.  Wanita yang jahat adalah lebih keji daripada 1,000 lelaki yang keji"
~~~


04 Mac 2010

Perlindungan apa lagi yang diperlukan? Security or guard

Salam sejahtera. 

Dalam setiap kehidupan sudah pasti sesiapa saja mahukan keselamatan dalam hidupnya.  Macam-macam cara dan kaedah untuk mendapatkan keselamatan.  Aye tak berhasrat nak ulas panjang mengenai kaedah untuk menjaga keselamatan diri kerana itu hak masing-masing dan tak perlu dipertikai.

Di sini Aye ingin kongsikan satu lagi kaedah untuk keselamatan diri.  Percayalah ianya percuma... tak percaya... lihat dan baca seterusnya.

Lindungi Diri dan Keluarga Tanpa Sebarang Kos, Tanpa Pengawal Keselamatan dengan membaca surah-surah berikut:

1.  Surah Faatiha untuk melindungi anda dari kemarahan Allah
2.  Surah Yaseen untuk melindungi anda dari kedahagaan pada hari penghitungan di padang mahsyar
3.  Suratul Waaqi’ah untuk melindungi anda dari kemiskinan dan kelaparan
4.  Surah Mulk untuk melindungi anda dari hukuman/seksaan di alam kubur
5.  Surah Kauthar untuk melindungi anda dari permusuhan dan kebencian manusia
6.  Surah Kaafiroon untuk melindungi anda kekufuran di saat menemui kematian
7.  Surah Ikhlaas untuk melindungi anda dari kepura-puraan manusia
8.  Surah Falaq untuk melindui anda bencana atau malapetaka
9.  Surah Naas untuk melindungi anda dari niat jahat manusia dan jin
~~~~
Catatan Aye:  Perkongsian pengetahuan yang ada juga untuk ingatan buat diri yang selalu alpa.

Carian