(Sekadar gambar hiasan: Lunch bersama Pendaftar UiTM bagi penerima Anugerah Staf Cemerlang Bulanan 2009 di Hotel UiTM pada 17/12/2009)
Salam, berikut adalah sambungan senarai amalan terbaik dalam hidup:
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
~~~
sumber: mazmi807@perak.uitm.edu.my. Terima kasih
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
20 Januari 2010
19 Januari 2010
Bagaimana nak berehat panjang... bila berehat banyak pulak cerita
Bagaimana nak berehat?
Tunjukkan aku caranya...
Berehat sekejap... belum lagi reput tulang, tapi macam-macam gangguan datang menerpa... menerjah benak fikiran ku
seakan mengusik aku ...
Bila dah banyak cerita... macam cakap sendiri... dah syok sendiri pulak
Andai banyak cerita dan cadangan... janganlah menyusahkan orang lain...
Bukan tak boleh beri pandangan atau cadangan... tapi berilah cadangan yang tidak mengganggu kerja dan urusan orang lain...
MACAM MANA TU? ADA IDEA?
Ada yang baik bila ditonjolkan... orang tak nampak
Bila yang tak baik... tak tunjuk pun... tapi orang nampak... buat citer macam-macam...
macamlah buruk sangat... itulah kehidupan
~~~~~~~~~~~~~
Catatan:
1. Hari ini keluar keputusan contest lekat dan menang yang dianjurkan oleh blog azizwan. Tak tersenarai pun, tak pe... percubaan awal
2. Ni tunggu lagi keputusan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL anjuran denaihati. masih ada masa lagi... kalau berminat klik kat sini. mana tau dapat RM???
15 Januari 2010
Aku ingin berehat panjang... kerana rezeki masing-masing ada di mana
Rezeki masing-masing
bukan kerana siapa kita... bukan juga kerana di mana kita
rezeki untuk sesiapa saja dan ada di mana-mana
Yang ada dah nampak... namun dah nampak tapi tak ada
Tiba masa... adalah rezeki kita
untuk masa itu... tunggu, sabar dan ikhtiar sesuatu
Sementara menunggu rezeki itu
dan masa tibanya rezeki itu... di sinilah tempah kita
Biar perit, biar duka... tanggung saja
Namun.. sakit itu.. sampai bila... ntah bila akan tiba saat itu
Hanya Tuhan yang tahu
Ada orang banyak cerita... suka berkata-kata kerna banyak idea
Ada orang sukar berbicara... walau banyak idea kerna kelu lidah untuk mula bicara
Bukan kerna malu... bukan juga kerna silu... hanya dia yang tahu
Tuhan ku pasrah atas ketentuanMU
Namun ku harapkan yang terbaik untukku meneruskan hidup ini dalam mencapai keredhaanMU
~~~
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA