Pengikut Setia

06 November 2009

Akan Update... sementara itu... tajuk akan datang adalah...



Terlebih dahulu terima kasih kepada pengunjung blgg aye... maaf lah sebab dah beberapa hari tak kemaskini... sibuk sangat nih... yang sempat 'menjeling' jer... ni pun curi-curi 'masa' jap...

Sebenarnya tajuk dan cerita dah ada tapi belum berkesempatan nak mengarang...antara tajuk cerita aye akan datang:
1.  siapa yang bertanggungjawab
2.  salah siapa
3.  ummi.. kenapa macam ni
4.  antara dia, aku, mereka dan...
5.  ada lagi....

Sekian, hingga jumpa lagi...

28 Oktober 2009

Tanpa tajuk...


Tak pasti dengan apa yang berlaku
Rasa hati seakan membeku
mengeras seperti batu
mengapa begitu

Istighfar
Lekas kembali
segera sedar
dunia ini penuh pancaroba
hanya sedikit yang sedar

Tidakkah kau insaf
Hidup ini perlu diteruskan
Biar rintangan datang menghalang
Biarkan segalanya berlalu pergi

Bersyukurlah kerana masih ada disini
mengirup secangkir 'kopi susu kambing HR'
menikmati indahnya alam ciptaan Tuhan

Note:  entri yang merepek dan merapu... lepas perasaan tension jap ...
~~

27 Oktober 2009

Ada Apa Dengan DOA... mengapa DOA tidak dimakbulkan


Mengapa doa tidak dimakbulkan...
Adakah kita tahu setiap doa kita dimakbulkan Allah atau tidak...

Berikut beberapa keterangan yang semapt dikutip dan dipinjam dari sahabat...
moga dapat membantu

~~~~~~~~~~
Mereka berkata kami selalu berdoa tetapi Allah tidak mengabulkan doa kami.
Ibrahim Bin Adham berkata : ”Wahai Penduduk Basrah !!! sesungguhnya hati kamu telah mati dengan 10 perkara, disebabkan itu bagaimana Allah ingin mengabulkan doa kamu sekalian. 10 perkara yang menyebabkan hati mati dan doa tidak terkabulkan adalah :

1.  Kamu Mengenal Allah Tetapi Kamu Tidak Melaksanakan Hak - Hak Allah.
2.  Kamu Suka Membaca Al - Quran, Tetapi Kamu Tidak Pernah Mengamalkan Isi Kandungannya.
3. Kamu Mengetahui Bahawa Iblis Itu Musuh Kamu, Tetapi Kamu Mengikuti Perintahnya.
4. Kamu Menyatakan Cinta Kepada Rasulullah SAW, Tetapi Kamu Meninggalkan Sunnahnya.
5. Kamu Menyatakan Cinta ( Ingin Masuk Syurga ), Tetapi Kamu Tidak Mengamalkan Perbuatan Ahli Syurga.
6. Kamu Mengakui Takut Akan Siksa Neraka, Tetapi Kamu Tak Berhenti Berbuat Dosa.
7. Kamu Menyedari Bahawa Kematian Itu Adalah Pasti / Benar, Tetapi Kamu Tidak Membuat Persiapan / Bekalan Untuk Mati.
8. Kamu Selalu Memperhatikan Kesalahan Orang Lain, Tetapi Kamu Tidak Memperhatikan Kesalahan Diri Sendiri.
9. Kamu Suka Makan Rezki Yang Allah Bagi, Tetapi Kamu Tidak pernah Bersyukur Kepada - Nya.
10. Kamu Menguburkan Orang - Orang Yang Mati Tetapi Kamu Tidak Mengambil Pengajaran Dari Padanya.

Sumber dari Kitab Nashaihul Ibaad. (Nasihat bagi hamba-hamba Allah MS 316– 317 )
~~~

Carian