
Firman Allah S.W.T. bermaksud :“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi Neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak diperguna untuk memahami ( ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata, tetapi tidak diperguna untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak diperguna untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai”.
Kelalaian menjadikan seseorang itu hilang sifat-sifat keinsanannya. Hati yang tidak disinari nur Ilahi menjadikan dirinya mendambakan diri kepada sesuatu yang membawa kehancuran. Lantaran itu mata dan telinga diperalatkan serta jasmani diperkudakan untuk mencapai kepuasan. Lalai mempunyai pengertian yang luas dan setiap insan tidak terkecuali dari sifat ini. Antara jenis-jenis kelalaian manusia ialah:
* Lalai terhadap amalan yang boleh menyelamatkan diri dari azab Allah S.W.T.
* Lalai terhadap modal utama yang diberikan Allah S.W.T. iaitu masa, waktu, umur.
* Lalai terhadap tujuan utama manusia dihidupkan.
* Lalai terhadap tugas islah, dakwah dan tarbiah kepada diri, keluarga serta masyarakat.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
“Bermacam fitnah datang ke hati bagaikan tikar dianyam selembar demi selembar. Setiap kali hati menerimanya, maka tertitiklah padanya titik-titik hitam dan setiap kali hati menolaknya akan tertitik padanya titik putih sehingga akhirnya hati dikategorikan kepada dua jenis iaitu satu berwarna putih seperti batu karang yang licin. Hati jenis ini tidak akan terpengaruh oleh fitnah selama langit dan bumi masih ada. Manakala satu lagi berwarna hitam pekat bagaikan cangkir hitam yang terbalik. Hati jenis ini tidak mahu menerima kebaikan dan tidak mahu menolak kemungkaran. Hati jenis ini tidak mahu menerima kecuali apa yang diinginkan hawa nafsunya”.
(Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)
.jpg)
Selepas senam tari... peserta dibekalkan dengan sarapan ringkas dan kami ... baru nak daftar, lepas daftar,... releks jap pas tu ada sesi pemberian cenderamata kepada staf cemerlang Pejabat Pendaftar bagi bulan Mei 2009... hmmm salah sorang aye le... timasih atas sokongan dan dorongan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalamkejayaan aye nih... nak jadi cemerlang bukan senang... tapi bila dah dapat cemerlang rasa macam lagi susah plak sebab nak kena jaga semua... masa kerja, kualiti kerja, hasil kerja dan macam-macam lah... Biar apa pun bukannya aye tak bersyukur cuma rasa macamna hahh... biarlah aye sendiri yang tahu dan sesiap yang pernah dapat anugerah dan akan dapat anugerah yang tahu apa perasaanya (bukan perasan tau)...