As salam,
Anak-anak sesungguhnya memerlukan sepenuh perhatian dari ibu dan bapa. Mereka memang kelihatannya tidak mengerti mengapa mereka ditinggalkan oleh ibu bapa. Terutamanya setiap pagi 5 hari seminggu mereka akan ditinggalkan sama ada di rumah pengasuh, TASKA atau di rumah bersama bibik. Anak kecil akan menangis kerana ditinggalkan.
Tetapi AWAS! Sebagai ibu bapa jangan mudah terpengaruh dengan desakan dan tangisan oleh anak kecil. Kerana mereka kadang kelihatannya seperti sengaja menduga kita kononnya dengan menangis... kita tidak akan meninggalkan mereka.
Sungguh benar sekali... naluri ibu mana tidak terusik bila melihat anak kecil menangis merengek tatkala kita melangkah meninggalkan mereka. Tetapi hidup mesti diteruskan... kerja sedang menunggu ... pandai-pandailah memujuk dan jangan sampai kita yang termakan pujuk rayu mereka pula...
Sebenarnya nak ceritakan perihal bayi ini (huh... belum 2 tahun lagi tu... kira bayi lah...) Bila nampaknya
taman permainan tak kira di mana jua atau pada bila masa... panas atau hujan, malam atau gelap... meronta-ronta nak main sana... ohh sesekali tidak
dibiarkan atau
ditinggalkan dia bermain sendirian. Harus sentiasa waspada, banyak mata memandangnya.
Tetapi, petang tadi dia ditinggalkan bukan sendirian tetapi bersama kakaknya dan pengasuhnya. Dia ditinggalkan kerana urusan adiknya. Memang tidak boleh bawa bersama. Andai di bawa bersama pasti kecoh rumah orang... tunggu dia besar sikit baru boleh dibawa ke majlis keramaian.
Boleh tak? nak berhenti sini dulu... lain masa sambung cerita lain pulak...
.