Baca betul-betul yer tajuk di atas tu... Penjelajahan bukan Penjajahan.
Tiada apa yang nak dijajah kerana semuanya masih dalam kawasan pemerintahan ibu dan ayahnya.... :D. Buat sementara waktu ini, hanya yang boleh dilakukan adalah penjelajahan... iaitu meninjau kawasan yang hendak dilawati dan juga mengenalpasti apa-apa objek yang boleh dipermainkan.... hahahaha
Bajet mak-mak kan macam ni... nak tulis permulaan cerita. Anak-anak punya aktiviti dijadikan bahan cerita dalam blog. Betul lah... kisah anak-anak sendiri kan. Lagi pun blog ini adalah blog personal seorang ibu.
Jom berbalik kepada tajuk cerita dan bahan yang telah disediakan petang tadi. Semasa cerita ini ditulis fakta mengenai masa dan keadaan objek atau mangsa adalah benar dan penulis tidak bertanggungjawab ke atas bacaan selepas bahan ini disiarkan. Boleh ke buat kenyataan macam tu... belasah jer.
Abid, anak ke-4 dalam keluarga, usianya bakal mencecah 1 tahun pada bulan Oktober 2013. Tak lama lagi dah... pejam celik campur dengan tangisan dan aneka ragam... kan ?
Hari ini... baru nak buat cerita pasal Abid yang dah pandai memanjat bendul atau tebing (boleh ke?)... tak tinggi pun anggaran 1/2 kaki jer. Dah mula menjelajah mencari port yang sesuai untuk memulakan agenda sepah dan selerak... Habis lah !!!
Patutlah dalam walker pun dah tak berapa nak duduk dah, rupanya nak lepas bebas mencari kawasan jajahan takluk yer.
Kalu lagu ni gak... kena siap sedialah. Apa juga barangan berharga dan bernilai tinggi seharusnya ditempatkan di tempat yang lebih selamat dan tinggi supaya tidak dapat dicapai. Masih ingat lagi, gerangan kakaknya Inas Insyirah... pecah mangkuk kaca hijau (pemberian biras... katanya dari Bali). Yang sebenarnya... mangkuk kaca tu memang sayang tetapi sayang lagi anak-anak. Syukur semasa mangkuk kaca tu jatuh dan pecah tidak mengenai Inas... oooiiii tidak sanggup nak bayangkan.
Dan seperti biasa jugalah semua aktiviti di atas lantai harus dihentikan segera bila Abid terjaga dari tidur. Atau lihatlah hasilnya nanti... siapa yang nak menjerit, nak menangis atau nak kena pujuk... huhuhu
Anak-anak kan... semasa kecil beginilah, tak payah lah mak pak nya berangan nak hias meja segala bagai. Alas meja pun kena simpan, bila ada tetamu datang baru letak. Pernah juga tak sempat nak letak... lagi pun dok kalut dengan anak-anak. Dan kebiasaannya tetamu amat memahmi situasi orang beranak kecil ... kan?
Sekian adanya catatan ringkas perkembangan anak-anak dan leteran uminya yang tak pernah kering gusi :P
Kejap je baby ni nak masuk setahun....ada lagi adik tak lepas ni? hihihi
BalasPadam