Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Dalam kehidupan kita di dunia realiti yang sebenar-benarnya, sama ada sedar atau tidak kita akan berhadapan dengan pelbagai cubaan dan ujian. Bermula dari dilahirkan meniti alam persekolahahan, alam remaja, alam dewasa dan sehingga sekarang dan akan datang juga. Sama ada mahu atau tidak kita akan berhadapan dengan segala macam ujian. Berat atau tidak bergantung kepada kekuatan kita untuk menghadapinya. Di dalam al-Quran sendiri ada dinyatakan bahawa setiap ujian yang diturunkan adalah atas keupayaan kita menghadapinya.
Di dalam sesetengah situasi kita rasa tidak tertanggung ujian itu, dengan itu berdoalah kepada Allah agar dikurniakan kekuatan untuk menempuhi ujian itu. Kita memang tidak akan lari dari berhadapan dengan ujian. Seperti filem Nur Kasih yang sedang meledak di pawagam sekarang. Jika dilihat pada drama bersiri yang pernah disiarkan di TV3, seperti tidak percaya bahawa itu adalah ujian yang akan dihadapi oleh Nur, Adam ataupun sesiapa saja.
Justeru dari Nur Kasih, walaupun sebuah drama mahupun filem yang diarahkan oleh manusia. Begitulah juga kita, cuma bezanya perjalanan hidup kita ini bukan ditentukan oleh manusia (selaku pengarah) tetapi telah ditentukan sejak azali lagi. Namun bukan satu alasan pula kepada kita untuk terus menerima setiap kesalahan dan kesilapan yang berlaku itu tanpa berusaha untuk mengatasinya. Kita dikurniakan akal dan fikiran untuk membuat pilihan yang terbaik dan diredhai Ilahi.
Belum berkesempatan lagi dan mungkin juga tidak akan menontoh Nur Kasih The Movie di panggung, atas sebab-sebab tertentu yang sudah pasti tidak dapat dielak. Melainkan panggung itu disediakan surau dan laluan serta tempat duduk berasingan antara lelaki dan wanita serta waktu bersiarannya tidak bertentangan dengan waktu solat.... waktu itu adalah sedikit pertimbangan untuk menonton mana-mana filem yang menepati landasan hidup sebagai manusia yang bernama Islam.
Boleh terima?
Sekian.
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA
Assalam,
BalasPadamTakda rasanya panggung yg mengasingkan lelaki & pompuan. Whatever.. mwana sejak kecil bila nonton selalu diapit oleh ibu ayah dan seluruh ahli keluarga sebab tak pernah dating dlm panggung. Now, bawak anak2 setahun sekali masuk panggung (tiket free tajaan majikan), surau memang ada disetiap shopping kompleks.. so no rushing. Me, never watch Nurkasih kat TV. Not even once. Pelik? blog nurqaseh lahir sebelum drama Nurkasih kat TV....
naz tgk mlm ni..tgk kat midvalley..nak solat senang kat jusco..kul 7.55 lepas maghrib..insyallah boleh..
BalasPadamto mamawana,
BalasPadamhm... dah tau nurqaseh wujud sebelum nur kasih... hehehe
to nazz,
BalasPadamooo... ini orangnya yang mengabiskan tiket sampai sold out tu... hahaha