Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Numerology. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Numerology. Papar semua catatan

19 September 2017

Cara membahagiakan hati sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cara membahagiakan hati sendiri


Kita sering menginginkan bahagia.  Kerana dengan bahagia, kita rasa hidup kita sempurna.  Tetapi bahagia yang bagaimana yang kita cari?




Antara cara membahagiakan hati sendiri, adalah membahagiakan orang di sekeliling kita.

Buat orang gembira. Buat orang selesa dan suka berada di sisi kita. Lakukannya seikhlas hati kita, bukan dibuat-buat. Apa lagi merencana yang buruk di sebaliknya.

Betul. Bukan mudah nak puaskan hati orang. Tapi, itu bukan alasannya. Matlamat kita harus jelas berbuat baik itu sebab apa. Kalau sengaja berbaik-baik kerana mahukan pujian dan sanjungan...ya, mungkin kita akan dapat. Mungkin juga tidak.

Makanya, betulkan semula niat kita. Santuni semua orang kerana Dia. Dia akan bahagiakan kita dengan ketenangan jiwa. InsyaAllah.

Mulakan setiap awal Hari Dengan Gembira Kegembiraan Bersama anda sepanjang hari😊😊😊

Pegang dada anda dengan tangan kanan. Ucapkan dengan mulut, "Aku mencintai dan mengasihi semua orang dan semua makhluk Tuhan di seluruh alam semesta ini"... sambil tersenyum, santai, gembira 😊😁😍😍😍😍😍😍😁😊

#masterpeta #lifepath #auraenergy769 #zainrichss769


Terima kasih atas kesudian berkongsi entri ini, Cara membahagiakan hati sendiri.

szi πŸ’–

18 September 2017

Benda yang kita risau

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Benda yang kita risau


Benda yang kita risau akan menjadi doa.
Kita seringkali dimomokkan dengan kenyataan ini.  Jadi, seharusnya kita risaukan perkara yang baik-baik atau perkara yang tidak elok?


Benda yang kita risau

Benda yang kita risau

"Benda yang kita risau, ia akan jadi ujian untuk kita.  Jika kita risau tentang rezeki, kita akan duji dengan rezeki.  Jika kita risau dengan rupa, kita akan diuji dengan rupa.  Jalan keluar untuk kerisauan ini adalah kita mesti redha dengan setiap takdir Allah SWT" (Sheikhuna) 

Pada pandangan saya, ada baiknya bila kita risaukan sesuatu perkara cepat-cepatlah kita berdoa semoga tiada keburukan yang berlaku.  Doakan yang baik-baik.  In shaa Allah perkara baik yang akan berlaku.

Kita yang mampu mengubah pemikiran kita.
Cuma kita kadang-kadang terpengaruh dengan amalan biasa yang kurang baik.
Mulaikan sekarang kita amalkan yang baik dan perbaiki amalan biasa yang kurang baik.


Terima kasih atas kesudian berkongsi entri ini, Benda yang kita risau.

szi.πŸ’

Carian