Cara membahagiakan hati sendiri
Kita sering menginginkan bahagia. Kerana dengan bahagia, kita rasa hidup kita sempurna. Tetapi bahagia yang bagaimana yang kita cari?
Antara cara membahagiakan hati sendiri, adalah membahagiakan orang di sekeliling kita.
Buat orang gembira. Buat orang selesa dan suka berada di sisi kita. Lakukannya seikhlas hati kita, bukan dibuat-buat. Apa lagi merencana yang buruk di sebaliknya.
Betul. Bukan mudah nak puaskan hati orang. Tapi, itu bukan alasannya. Matlamat kita harus jelas berbuat baik itu sebab apa. Kalau sengaja berbaik-baik kerana mahukan pujian dan sanjungan...ya, mungkin kita akan dapat. Mungkin juga tidak.
Makanya, betulkan semula niat kita. Santuni semua orang kerana Dia. Dia akan bahagiakan kita dengan ketenangan jiwa. InsyaAllah.
Mulakan setiap awal Hari Dengan Gembira Kegembiraan Bersama anda sepanjang hariπππ
Pegang dada anda dengan tangan kanan. Ucapkan dengan mulut, "Aku mencintai dan mengasihi semua orang dan semua makhluk Tuhan di seluruh alam semesta ini"... sambil tersenyum, santai, gembira ππππππππππ
#masterpeta #lifepath #auraenergy769 #zainrichss769
Terima kasih atas kesudian berkongsi entri ini, Cara membahagiakan hati sendiri.
szi π
Ya. Terima kasih.
BalasPadam