Simple GA: Friendship fridge magnet
Persahabatan seharusnya dihargai sepanjang hayat kerana dengan adanya sahabat kita mampu mendapat hikmah dari mereka. Kebaikan dalam persahabatan seharusnya kekal tidak kira di mana juga kita berada di saat suka dan duka.
Rakan blogger kali ini, menganjurkan Simple GA: Friendship fridge magnet. Semoga persahabatan yang terjalin bukanlah semata-mata kerana FM, tetapi lebih kepada mengeratkan silaturrahim dengan rakan blogger sedia ada dan juga untuk menambah kenalan dari kalangan blogger yang tidak pernah kita kenal.
Walau apa pun usaha yang dilakukan oleh rakan blogger ini amatlah saya suka dan pastinya ramai lagi yang menyukainya.
Kan?
Celoteh panjang pula.
Bukan apa sebagai tanda penghargaan kepada Rakan Blogger, Dr Shikin Zainal yang menganjurkan GA ringkas. Baru sahaja mengenalinya di dalam maya tetapi masih belum berjumpa empat mata. Peluang dan kesempatan yang ada ini adalah peluang untuk lebih mengenali Dr Shikin. Semoga ukhuwah terus terjalin.
Masih sempat lagi untuk join GA ini. Klik Banner di atas untuk turut serta.
Jom beri sokongan kepada Dr Shikin Zainal.
Terima kasih semua.