Pengikut Setia

14 Disember 2023

Sakit kepala selepas mesyuarat yang panjang bersambung dengan majlis lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sakit kepala selepas mesyuarat yang panjang bersambung dengan majlis lain



Sakit kepala walaupun sudah menjadi perkara biasa tetap juga perlu berwaspada terutama dengan zaman pandemik yang seolah enggan berakhir.

Urusan lain berjalan seperti biasa dan seperti yang dirancang pergerakannya.  Pening kepala sikit-sikit tu biasa.  Rehat sekejap melihat keindahan alam ... hilanglah pening.  Kalau pening juga tidak lah ketara sangat.





Seminggu ni terlalu banyak yang hendak difikirkan kerana ada beberapa urusan yang kadang-kadang seperti terlalu mendesak.

Desakan dari luar ada yang boleh diterima akal bila kita telah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku terutama berkaitan bidang tugas kita.

Desakan yang memeningkan kepada bila tiba-tiba muncul arahan lain yang diluar bidang tugas tetapi perlu diambil kira.

Bila terjadinya desakan luar kuasa makanya akan hilanglah keikhlasan dalam hendak membantu kerana terlalu terpaksa.  Seolah tidak memahami tugas kita yang sedang dirundung pelbagai isu.


Dalam kehidupan kita diberi pilihan, inginkan kemewahan dan kemuliaan atau berserah pada ketentuan dan keredhaan. Ingat kemewahan dan kemuliaan belum tentu membawa kebahagiaan, namun ketentuan dan keredhaan itulah tingkatan ketaqwaan untuk mendapat kerahmatan. Jangan tersalah buat pilihan, kelak diri dilanda kebinasaan ~Anon


 Semoga dimudahkan setiap urusan kita semua.  



Semangat pagi terbang bersama trauma dan fobia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Semangat pagi terbang bersama trauma dan fobia



Biarlah apa yang nak dikatakan.

Sebaik mungkin telah cuba mulakan hari ini dengan senyuman dan hati yang tenang.

Namun atas sesuatu yang tak berapa disukai dan terpaksa diharungi, maka hilang sudah keikhlasan dalam menyelesaikan urusannya.

Urusan kerana terpaksa dan sentiasa berharap agar ianya tidak  berlaku.
 


Sesekali ibarat cendawan  yang tumbuh selepas hujan dan terbang hilang ditiup angin atau dipijak orang.

Memang sakit tetapi terpaksa tempuhi juga.


12 Disember 2023

Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com


Pencarian disambut baik.  Semoga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan blogger.

Kepada rakan blogger yang nak join, klik link pada poster 



Kepada rakan blogger yang nak join, klik link pada poster di atas.

Jom sama-sama kita meriahkan Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com




Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 🌹


Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga




8 JAMADIL AWAL 1445H | 12 DISEMBER 2023  |  SELASA
8 JAMADIL AWAL 1445H | 12 DISEMBER 2023  | SELASA


Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya


KITA PERLU BELAJAR HANYA IKHLAS


Hiduplah dengan rendah hati, walaupun seberapa banyak kekayaan kita.

Berfikirlah positif, sekali pun begitu keras kehidupan sedang kita lalui.

Berikanlah banyak, meski pun menerima sedikit.

Jangan membenci sesiapa pun, tak peduli seberapa banyak kesalahan yang mereka lakukan kepada kita.

Tetaplah menjalin hubungan dengan orang-orang yang telah melupakan kita, dan jangan lupa mendoakan yang terbaik buat orang yang kita sayangi.

Ketika hanya melihat satu sisi dari manusia, kadang2 kita memuliakannya, atau di lain sisi kita menghinanya.

Tetapi jika kita melihat dari dua sisi, maka kita akan mengasihinya, seperti mengasihi diri sendiri.

Manusia selalu ada sisi baik dan sisi buruk.

Terkumpulnya keburukan dalam diri kita banyak disebabkan oleh seiringnya kita memandang buruk kepada orang lain.

Pandanglah selalu orang lain dari sisi baiknya.

Maka kebaikan akan terkumpul pada diri kita.

Setiap kebaikan yang kita berikan pada setiap orang, akan mendatangkan berkat dan keselamatan pada hidup kita.


SEMOGA BERMANFAAT.

11 Disember 2023

Rasa tenang tak boleh dibeli

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rasa tenang tak boleh dibeli



Rasa tenang tak boleh dibeli


Rasa tenang...

tak boleh dibeli di supermarket

tak dapat hanya dengan melancong ke Korea

hadir dari hati yang bersyukur, menerima hidup seadanya atas landasan iman kepada Allah SWT.


Alhamdulillah.


10 Disember 2023

Sakit Penghapus Dosa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sakit Penghapus Dosa




عَنْ الْحَارِثِ بْنِ سُوَيْدٍ  قَالَ : قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ  قَالَ : رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى مَرَضٌ فَمَا سِوَاهُ  إِلَّا حَطَّ اللَّهُ لَهُ سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا " .

Daripada al-Harith bin Suiyed beliau berkata, telah berkata Abdullah bin Masud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”

(HR Bukhari No: 5255)
Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

Gambar hiasan


1. Sihat dan sakit adalah anugerah Allah kepada makhluk.

2. Rasa sakit adalah suatu anugerah yang harus disyukuri kerana Allah memberikan rasa sakit sebagai tanda kasih sayang Allah terhadap mahluknya. Apabila sakit, kita akan segera menyedari kelemahan kita sebagai hamba. Kita akan segera mengingati Allah dan berdoa agar diberi kesembuhan.

3. Bagi manusia yang berpikir tentunya, rasa sakit adalah sebagai ujian dari Allah untuk menghilangkan dosa seseorang malah juga untuk meningkatkan darajatnya di sisi Allah.

4. Orang yang bersabar dan redha di atas penyakit yang menimpanya, nescaya Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pokok yang mengugurkan daun-daunnya yang kering.


Terima kasih.

09 Disember 2023

Orang yang bertanggungjawab kepada diri kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Orang yang bertanggungjawab kepada diri kita



Siapa yang bertanggunggjawab kepada diri kita?  

Orang yang bertanggungjawab kepada diri kita adalah diri kita sendiri.


Orang yang bertanggungjawab kepada diri kita



Apapun keadaan yang kau alami.

Jangan pernah menipu orang sekelilingmu demi meraih simpati sedangkan apa yang kau katakan itu tidak benar.

Berkata jujurlah sekalipun ia menyakitkan bagi orang yang mendengarnya.  Kerana Allah sentiasa mendengar.

Dan memahami isi hatimu lebih daripada kau memahami dirimu sendiri.


08 Disember 2023

Pencarian Bloglist 2024 Mamapipie.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pencarian Bloglist 2024 Mamapipie.com



Setelah sekian lama Sis tidak aktif dengan blog, hasrat hati nak aktif semula.   Alhamdulillah, kali ini terjumpa dengan rakan blogger Mamapipie yang anjurkan Pencarian Bloglist 2024 Mamapipie.com.


Pencarian Bloglist 2024 Mamapipie.com


Syarat penyertaan tidak susah, rakan blogger yang beminat nak join sama boleh klik pada poster di atas.

Semoga semakin bersemangat dan bertambah rakan blogger baru.

Terima kasih Mamapipie.

Mee goreng untuk makan tengahari selepas hadiri forum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mee goreng untuk makan tengahari


Hari ini Jumaat, ada forum Hal Ehwal Islam sempena sambuat Bulan Inovasi tahun 2023.  Bertempat di Dewan Al-Khawarizmi atau Dewan Kuliah Utama.  Program bermula dengan pendaftaran dan sarapan pagi seawal 8.30 pagi.


Forum Hal Ehwal Islam :  Keluarga dan Kerjaya

Panel forum termasuk moderator adalah antara insan hebat.  Banyak ilmu dan manfaat yang dicurahkan.  Antara petikan forum, untuk mendapatkan keberkatan dalam pekerjaan adalah setiap mukmin perlu lazimi takwa iaitu rasa takut kepada Allah.  Perasaan takut ini secara tidak langsung akan menjaga hubungan kita dengan Allah dan seterusnya mengelakkan kita daripada melakukan perbuatan mungkar yang membawa kepada kemurkaan Allah


Moderator dan Panel Jemputan

Terdapat beberapa kaedah dan pengetahuan baru yang diperolehi hari ini dari Paksu Soder, yang boleh dikatakan mahir atau pakar dalam kaunseling dan motivasi.  Perkongsian Paksu Soder ini ada juga terdapat di Chanel Youtube Paksu Soder.  

Selesai forum anggaran jam 11.45 pagi, balik pejabat bersama Adayana, PA TRHEA.  Dah lama tak jumpa dan sembang-sembang dengan Yana.  Walaupun ofis HEA dan HEP tidaklah sejauh berbatu, hanya dipisahkan lantai konkrit saja... tetapi kekangan tugas masing-masing.  

Hari ini ditakdirkan bertemu di DKU, seperti yang dilontar oleh Pengacara Majlis, Ustaz Norzarir, bahawa yang hadir hari ini adalah insan terpilih.  Alhamdulillah ada rezeki dan hikmahNya.


Mee goreng
Mee goreng untuk makan tengahari


Sampai ofis, selesaikan urusan berkenaan program OKU dan tugas lain sikit.  Perut dah mula bergurindam.  Pesan makan dengan  Kafe staf.  Hajatnya nak order nasi bujang ayam kunyit... menu biasa, tetapi dah kehabisan stok.  Makanya order saja mee goreng kerana itu saja menu yang ada.  Tapau dan makan di ofis.

Alhamdulillah, untuk rezeki hari ini.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

.

03 Disember 2023

Posting Pertama Tahun 2023

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setelah sekian lama, lebih dari setahun blog ini bersawang. Ada la sesekali singgah jengok sekejap.  Sesekali tukar latarbelakang.  Kejadian ini berlaku mungkin atau pasti juga kerana telah akaun media sosial lain yang lebih aktif... bermula dengan instagram dan terkini tiktok.  Agak sibuk juga bila ada banyak akaun media sosial, dah hilang fokus nak ke mana satu.



Tidak keterlaluan jika dikatakan kekurangan idea nak berkarya tetapi tamak dengan membuka akaun yang banyak.  Tetapi tidak dinafikan juga kesibukan tugas hakiki di pejabat dan juga urusan keluarga turut menyumbang kepada kemalasan mengemaskini akaun media sosial.

Apabila terlalu lama meninggalkan blog ini bersawang, maka ramai juga rakan blogger yang semakin tidak dikenali.  Menghidupkan semula blog ini seolahnya memulakan blog baru.  Sementelahan masih banyak 'benda-benda' dalam blog yang saya masih ketinggalan.

Terima kasih atas kesudian singgah blog ini.  Semoga ada kekuatan untuk terus berkatya.


.


Carian