Pageviews

20 April 2021

CARA IBADAH WANITA HAID DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan Salam Ramadan




CARA IBADAH WANITA HAID DI BULAN RAMADHAN




1. Perbanyakkan Niat Yang Baik

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم،  إذا مرض العبد أو سافر كتب له مثل ما كان يعمل مقيما صحيحا

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : Apabila seorang hamba sakit atau bermusafir, dicatat amalan untuknya seperti kebiasaan yang dilakukannya semasa dia duduk di rumah dan sihat. 

(HR Bukhari)

من أتى فراشه، وهو ينوي أن يقوم فيصلي من الليل فغلبته عينه حتى يصبح كتب له ما نوى، وكان نومه صدقة عليه من ربه

Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangun tahajjud tetapi tertidur sampai subuh Allah catat pahala apa yang diniatkan & tidurnya dianggap sedekah. 

[HR Ibn Majah & Nasa'i]


2. Perbanyakkan Istighfar

Allah SWT suka kepada orang yang beristighfar pada waktu sahur. FirmanNya yang bermaksud: "Mereka sentiasa beristighfar waktu sahur." 

[Surah al-Dzaariyat : 18 ]


3.Perbanyakkan Doa


4.Perbanyakkan Sedekah


5.Bertasbih & Berzikir


6.Menyediakan Juadah Sahur/ Berbuka

Daripada Anas bin Malik RA berkata : "Kami bermusafir bersama Nabi صلى الله عليه وسلم , ada yang puasa & ada yang tidak puasa (sebab musafir). Kami singgah untuk berehat ketika cuaca yang sangat panas. Kebanyakan kami berteduh dengan pakaian & ada yang hanya dengan tangan. Orang yang berpuasa lemah tidak mampu buat apa-apa. Orang yang tidak berpuasa memasang khemah & memberi minum kepada binatang. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Orang-orang yang menyediakan keperluan  berbuka juga mendapat pahala puasa". 

(HR Bukhari & Muslim)


7.Mengejutkan Ahli Keluarga Bangun Malam

Allah SWT merahmati seorang wanita yang bangun malam dan solat serta mengejutkan suaminya. Sekiranya enggan bangun, dia percikkan air pada wajahnya. 

(HR Bukhari)
Kredit : Majlis Taalim Fatimahtuzzahra

Semoga bermanfaat.





3 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.